| ANHIDRIDA | Anhidrida ialah bahan kimia yang membentuk asid atau bes apabila berpadu dengan air. Misalnya, air dan sulfur trioksida (SO3 ), iaitu asid anhidrida, menjadi asid sulfurik (H2SO4 ). | UMUM | |
| SONAR | Sonar ialah peranti yang menggunakan tenaga bunyi untuk mengesan objek, mengukur jarak arah, dan kelajuannya; malah menghasilkan gambarnya. Perkataan sonar berasal daripada perkataan Inggeris sound navigation and ranging. | UMUM | |