RASIONALISME | Rasionalisme ialah suatu pandangan yang menekankan kepada kewarasan pemikiran atau taakulan manusia dan kebolehannya untuk menjawab soalan-soalan asas. | UMUM | |
TEKA-TEKI | Teka-teki ialah soalan atau pernyataan yang mengandungi makna yang sengaja disembunyikan. Teka-teki kini biasanya bertujuan untuk menyeronokkan. Ia selalunya dalam bentuk conundrum, iaitu sejenis teka-teki yang bergantung kepada permainan kata. Contoh teka-teki jenis ini ialah “Apakah benda yang beroda empat dan dapat terbang?” Jawapannya ialah “Trak mengangkut sampah sarap”, yang hanya ada unsur makna apabila kita sedar bahawa perkataan terbang itu mempunyai dua maksud. | UMUM | |
ARITMETIK | Aritmetik memberi jawapan kepada soalan seperti ‘Berapa banyak?’ ‘Berapakah harganya?’ dan ‘Berapa jauh?’ Ia membantu kita mendapatkan cara yang ringkas dan mudah untuk menyelesaikan masalah dengan nombor. Aritmetik kadangkala disebut ‘sains nombor’ dan ‘seni pengiraan’. Ia membentuk satu cabang penting matematik (lihat Matematik ). | UMUM | |
SAINS POLITIK | Sains politik ialah kajian sistematik tentang kehidupan politik. Ahli sains politik mencari jawapan kepada soalan seperti “Atas dasar apakah yang mewajarkan tindakan kerajaan?” dan “Untuk kepentingan siapakah kerajaan bertindak?” Mereka mengkaji pelbagai bentuk kerajaan dan juga parti politik, kumpulan yang mempengaruhi kerajaan, pilihan raya, hubungan antarabangsa, dan perkhidmatan awam. Kesemua ini adalah aktiviti individu dan kumpulan yang melibatkan hubungan asas manusia. Sains politik adalah berhubung dengan nilai asas, seperti kesamaan, kebebasan, keadilan, dan kuasa. | UMUM | |
SURAH ‘ABASA | Surah ‘Abasa ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-80 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 42 ayat. Surah ini dinamakan ‘Abasa (memasamkan muka) berdasarkan kisah Abdullah ibn Maktum yang menemui Rasulullah s.a.w. dan bertanyakan soalan kepada Baginda, tetapi Baginda enggan melayannya kerana pada masa itu Baginda sedang menerangkan tentang Islam kepada para bangsawan Quraisy. Lalu Allah S.W.T. menurunkan ayat yang berbunyi “’abasa wa tawalla”. | UMUM | |
AESCHYLUS | Aeschylus (525–456 S.M.) ialah penulis terawal yang menulis tragedi Yunani yang karyanya wujud dalam bentuk yang lengkap. Dia menulis lebih daripada 80 drama, yang daripada jumlah itu tujuh masih wujud. Karya-karya ini memperlihatkan seorang seniman yang benar-benar patriotik dan warak yang membawa kematangan kepada tragedi Yunani. Sebelum Aeschylus, tragedi Yunani mempunyai seorang pelakon yang hanya dapat memberi respons kepada soalan atau cadangan korus. Aeschylus menambah bilangan pelakon kepada dua, yang mewujudkan dialog yang membolehkan watak berinteraksi. | UMUM | |
MITOS | MITOS, cerita yang memberi keterangan tentang suatu tanpa diketahui siapa pengarangnya. Mitos berakar umbi daripada sesuatu kepercayaan masyarakat semasa masyarakat itu masih dalam keadaan primitif. Mitos merupakan percubaan masyarakat itu memberi keterangan tentang sesuatu yang berlaku dalam alam sekelilingnya, seperti apabila seorang dewasa cuba menjawab soalan daripada seorang kanak-kanak. Keterangan yang diberikan adalah sesuai dan selaras dengan tahap pemikiran yang dicapai oleh masyarakat semasa mitos itu diciptakan. Keterangan yang diberikan dalam mitos itu juga diterima oleh akal masyarakat tersebut. | SASTERA | Kepercayaan |