PEPANJAT | Tumbuhan yang memanjat pokok lain sebagai sokongan untuk membolehkannya memperoleh cahaya matahari secukupnya untuk fotosintesis. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Flora dan Fauna |
PATRIOTISME | Patriotisme ialah rasa cinta dan sokongan yang setia kepada negara. Patriotisme meliputi rasa kasih kepada tanah air dan penduduknya, rasa kagum akan adat resam dan tradisinya, rasa bangga akan sejarahnya dan penuh bakti kepada kesejahteraannya. Istilah ini membayangkan perasaan bersatu dengan negara. | UMUM | |
TIANG SAMBUT | Tiang sambut ialah tiang atau pelantar yang dibina sebagai asas bagi struktur berat. Ia boleh membentuk sokongan bagi rentang bersebelahan sesebuah jambatan atau tiang asas sesebuah bangunan. Syarikat pembinaan menggunakan mesin penggerudi yang sangat besar untuk mengorek syaf berbentuk bulat untuk membuat tiang sambut bagi bangunan tinggi seperti bangunan pencakar langit, dan kadangkala menggerudi sedalam 30 meter atau lebih. Kebanyakan tiang sambut moden dibuat daripada konkrit. | UMUM | |
PAISLEY, IAN | Paisley, Ian (1926– ) ialah menteri Presbyterian Ireland Utara yang terkenal kerana sokongan kuatnya terhadap status Ireland Utara sebagai sebuah provinsi United Kingdom (lihat Parti-parti Unionist). | UMUM | |
SARICH, RALPH | Sarich, Ralph (1938– ) ialah pencipta Australia, menyiapkan prototaip pertama dalam revolusi enjin orbitalnya pada tahun 1971. Pada tahun 1973, Broken Hill Proprietory Company Ltd. (BHP) bergabung dengan Sarich untuk menyediakan sokongan kepada peningkatan enjin. Usaha sama ini menghasilkan pembentukan syarikat Orbital Engine. | UMUM | |
TENTERA UDARA | Tentera udara ialah cawangan angkatan tentera sesebuah negara yang bertanggungjawab bagi operasi ketenteraan di udara. Suatu pasukan tentera udara terdiri daripada juruterbang dan pelbagai kakitangan lain, kapal terbang, peralatan sokongan, dan pangkalan udara. Sesetengah tentera udara mempunyai peluru berpandu dan kapal angkasa lepas. | UMUM | |
ADAMS, JOHN QUINCY | Adams, John Quincy (1767–1848) ialah presiden keenam Amerika Syarikat (1825–1829). Ayahnya, John Adams, ialah presiden kedua Amerika. John Quincy Adams mengusulkan program perundangan yang hebat, tetapi dia gagal mendapat sokongan Kongres. | UMUM | |
SIRIH | SIRIH, (Piper spp.) sejenis pokok renek memanjat dan banyak terdapat di kawasan tropika Asia. Sirih ditanam dengan menggunakan kayu sokongan bagi membolehkannya memanjat. Kayu sokongan ini biasanya dibalut dengan sabut. Orang Melayu gemar mengunyah sirih berserta pinang, gambir dan kapur. | BUDAYA | Flora dan Fauna |
ANDRADA E SILVA, JOSÉ BONIFÁCIO DE | Andrada e Silva, José Bonifácio (1763– 1838), ahli sains Brazil dan negarawan yang dikenali sebagai “arkitek kemerdekaan Brazil”. Pada tahun 1822, dia membebaskan Brazil daripada Empayar Portugis, dan berkhidmat dengan maharaja baharu, Pedro I. Dia kehilangan sokongan dan dibuang negeri buat sementara waktu. Sekembalinya di Brazil, Pedro melantiknya sebagai penjaga puteranya, bakal Pedro II (lihat Pedro II ). | UMUM | |
SOVIET | Soviet ialah perkataan bahasa Rusia yang bermaksud majlis. Kumpulan revolusioner Rusia digelar soviet. Soviet pertama ditubuhkan semasa berlaku pemberontakan pekerja Rusia pada tahun 1905. Soviet dibentuk di seluruh Rusia selepas kejatuhan Tsar pada bulan Mac 1917. Soviet ini berbentuk majlis yang dianggotai oleh pekerja, petani dan tentera. Majlis ini mengumpul sokongan rakyat terhadap rancangan pihak Sosialis untuk membentuk sebuah kerajaan Rusia. | UMUM | |