KANTATA | Kantata ialah satu bentuk muzik vokal dramatik. Kantana boleh digubah daripada suara solo atau gabungan beberapa suara solo dan sebuah korus. | UMUM | |
ORATORIO | Oratorio ialah gubahan muzik dramatik untuk penyanyi. Kebanyakan oratorio adalah berdasarkan cerita keagamaan. Ia dipersembahkan oleh penyanyi solo, korus dan satu orkestra tanpa sebarang lakonan, kostum atau latar belakang pentas. Penyanyi solo menggambarkan pelbagai watak dalam cerita, tetapi korus menonjolkan peranan utama. Walaupun tidak terdapat lakonan atau latar belakang, kesan teater seperti api dan ribut boleh dilakukan oleh penyanyi dan orkestra. Kebanyakan oratorio mempunyai seorang pencerita yang memperkenalkan penyanyi solo dan memberi maklumat lanjut tentang cerita. | UMUM | |
CHRISTIAN, CHARLIE (1916–1942) | Christian, Charlie (1916–1942) ialah ahli muzik Amerika yang memperkenalkan gitar sebagai alat muzik solo pada muzik jaz | UMUM | Umum |
ARMSTRONG, LOUIS | Armstrong, Louis (1900–1971), pemain trumpet Amerika yang pertama sekali terkenal sebagai pemain trumpet solo jaz di peringkat antarabangsa. Dia terkenal kerana nada dan teknik tiupannya yang begitu indah dan cemerlang serta suaranya yang garau ketika menyanyi. Dia merupakan pemuzik jaz yang pertama menyanyi dalam gaya yang berterabur dengan susunan suku kata dan nada yang digubah secara sembrono ketika menyanyi, tanpa menggunakan lirik. | UMUM | |
POST, WILEY | Post, Wiley (1899–1935) ialah juruterbang perintis Amerika. Dia adalah orang yang pertama melakukan penerbangan solo mengelilingi dunia. Dia melakukan penerbangan bersejarah itu pada tahun 1933 dalam sebuah pesawat Lockheed Vega berenjin tunggal dengan nama julukan Winnie Mae . | UMUM | |
KONSERTO | Konserto ialah gubahan muzik yang dimainkan oleh sebuah atau lebih daripada sebuah alat solo dan orkestra. | UMUM | |
ZUKERMAN, PINCHAS | Zukerman, Pinchas (1948 – ) ialah pemain violin dan pemimpin pancaragam kelahiran Israel. Dia menerima pengiktirafan antarabangsa sebagai pemain solo dan pemimpin orkestra simfoni dan orkestra kamar. | UMUM | |
WIRATMO SOEKITO | WIRATMO SOEKITO(1929- ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 8 Februari 1929 di Solo, Jawa Tengah, Indonesia. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Dasar Indonesia. Dia mendapat pendidikan di Sekolah dasar (SD) dan Sekolah Lanjutan Tingkatan Pertama (SLTP) di Solo (SD) dan Sekolah Lanjutan Tingkatan Pertama (SLTP) di Solo (1947) dan Sekolah Menengah Atas (SMA) Kanisius Solo (1951). Kemudian dia belajar ilmu filsafat di Universitas Katolik Nijmegen, Belanda tetapi tidak tamat. Dia menguasai dengan baik berbagai-bagai bahasa asing seperti Inggeris, Belanda, Jerman, Perancis dan Latin. | SASTERA | Tokoh |
KRUPA, GENE | Krupa, Gene ( 1909–1973) ialah pemuzik jaz pertama yang mempopularkan dram sebagai alat muzik solo. | UMUM | |
ANDERSON, MARIAN | Anderson, Marian (1897–1993), penyanyi contralto Amerika. Kejayaannya bermula sebagai penyanyi konsert. Pada tahun 1955, Anderson menjadi penyanyi solo wanita kulit hitam yang pertama yang menyanyi dengan Opera Metropolitan New York City. Konduktor terkenal, Arturo Toscanini memuji suaranya sebagai “sesuatu yang diperoleh sekali dalam masa 100 tahun”. | UMUM | |