Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[som.bong] | سومبوڠ

Definisi : tinggi hati, angkuh, bongkak, cong­kak, pongah: hanya orang yg ~ dan bong­kak sahaja yg suka berkata begitu; hendak ~ berbini banyak, hendak megah berlawan lebih prb kerana hendak memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dlm kesukaran; menyombong berlaku sombong, membesar­besarkan diri: drpd gayanya yg ~ itu, nampak benarlah dia bukan orang dr kampung itu; menyombongkan berasa sombong kerana sesuatu, memegahkan, membanggakan: ja­ngan suka ~ ijazahmu; ~ diri memegahkan (meninggi-ninggikan) diri; kesombongan perihal (sifat dsb) sombong, keangkuhan: cukuplah ~ dan keangkuhanmu pd hari ini; penyombong orang yg sombong (suka me­nyombong). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[som.bong] | سومبوڠ

Definisi : menghargai diri sendiri dgn berlebih-lebihan; tinggi hati; bong­kak: Jangan berkawan dgn orang yg ~. menyombong berkelakuan atau ber­laku sombong: Jangan hendak ~ kpd aku. menyombongkan me­nyombong ttg sesuatu; memegahkan: Janganlah engkau leka ~ kekayaanmu. ~ diri me­ninggi-ninggikan (memegahkan) diri. kesombongan sifat sombong; keangkuhan. penyombong orang yg sombong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Dagangan datang dari Melaka,
     Timbang mari dacing tembaga;
Cakap sombong saya tak suka,
     Lantai nibung makan kepala.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Lonjak sebagai labu dibenam.

Bermaksud :

Sombong, angkuh.

 

Lihat selanjutnya...(29)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NICHOLSON, JACK

Nicholson, Jack (1937– ), pelakon dan pengarah

filem Amerika. Dia sering melakonkan watak yang

sombong dan biadab atau individu yang berjiwa

bebas dan menolak masyarakat konvensional.

Nicholson memenangi Academy Award pada tahun

1975 sebagai pelakon lelaki terbaik melalui

lakonannya dalam One Flew Over the Cuckoo’s Nest

dan Academy Award pada tahun 1983 sebagai

pelakon pembantu lelaki terbaik melalui lakonannya

dalam Terms of Endearment.

UMUM 
MACARTHUR, JOHN

Macarthur, John (1767–1834), mengasaskan

industri bulu biri-biri di Australia. Dia tiba di New

South Wales pada tahun 1790, sebagai pegawai

tentera British. Pada waktu itu kerajaan British

menganggap koloni tersebut semata-mata sebagai

sebuah petempatan penal dan peneroka yang tiba

terpaksa berusaha sendiri untuk menampung hidup

mereka. Macarthur mempunyai wawasan yang

berbeza. Dia percaya bahawa peneroka yang telah

dibebaskan boleh mengembangkan perdagangan

dan pertanian di New South Wales dan menjadikan

diri mereka dan koloni tersebut kaya. Dia

berpegang kuat kepada kepercayaan ini dan

berjuang untuk menjayakannya sepanjang

hidupnya. Dia berjuang tanpa kompromi dan

dengan perasaan yang sombong. Akibatnya, dia

mempunyai sedikit sahabat dan banyak musuh.

UMUM 

Kembali ke atas