Scherzo ialah gubahan muzik yang pendek dan rancak. Istilah ini digunakan untuk memerikan pergerakan ketiga simfoni empat bahagian, sonata, atau gubahan muzik kamar. Kebanyakan scherzo bercirikan irama rancak dan perubahan mendadak dalam ritma, dan berentak lucu serta menghiburkan. Scherzo juga meliputi bahagian bertentangan yang dikenali sebagai trio. Trio dalam kebanyakan keadaan, lebih senyap dan lebih berirama daripada scherzo lain. Penggubah Jerman, Ludwig van Beethoven memperkenalkan scherzo dalam beberapa gubahannya pada tahun 1800. Pakar scherzo yang terkemudian termasuk Felix Mendelssohn dari Jerman, Anton Bruckner, dan Gustav Mahler dari Austria, dan Bela Bartok dari Hungary. |