Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : make a ~ and dance about st, (colloq) membuat kecoh ttg sst: don’t make a ~ and dance about such a trifling matter, jangan buat kecoh ttg perkara yg begitu remeh. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : going for a ~, dijual dgn murah sekali: in the sale, some pieces of furniture were going for a ~, semasa jualan itu, beberapa jenis perabot telah dijual dgn murah sekali; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : burst into ~, tiba-tiba menyanyi; buy st for a ~, membeli sst dgn murah sekali; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. musical sound ( of bird) nyanyian; 3. (a class of musical expression) lagu: ~ is a more important feature of this society than dance or drama, lagu ialah ciri yg lebih penting dlm masyarakat ini drpd tarian atau drama; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. piece of music with lyrics, lagu: a love -, lagu cinta; folk ~s, lagu rakyat; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata song


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DINASTI SONG

Dinasti Song juga dieja Sung, memerintah

negeri China dari tahun 960 hingga tahun 1279.

UMUM 
WANG ANSHIAhli politik, sasterawan dan ahli falsafah terkenal pada Zaman Song Utara.SASTERATokoh
AMANITES

Amanites ialah ahli kumpulan agama yang

dikenali sebagai Persatuan Gereja Amana.

Perkataan Amana berasal daripada Song of

Solomon 4:8. Ia ialah nama sebuah gunung dan

bermakna benar atau tetap .

UMUM 
ROMBERG, SIGMUND

Romberg, Sigmund (1887–1951) ialah penggubah

muzik opereta yang masyhur. Dia menggubah muzik

untuk opereta yang terkenal seperti Maytime (1917),

The Student Prince (1924), The Desert Song (1926),

My Maryland (1927), The New Moon (1928), dan Up

In Central Park (1945). Dia pernah mengadaptasikan

muzik yang dicipta oleh penggubah Austria bernama

Franz Schubert untuk satu lagi opereta yang popular,

Blossom Time (1921). Antara lagu ciptaannya yang

popular termasuk “Deep in My Heart, Dear”, “The

Desert Song”, “Stouthearted Men”, dan “When I Grow

Too Old to Dream”. Dia juga menggubah muzik

untuk filem dan dipuji sebagai pemimpin muzik

klasik ringan.

UMUM 
ELIOT, T.S.

Eliot, T.S. (1888–1965), tergolong antara

penyair yang paling penting pada tahun 1900-

an. Dalam “The Love Song of J. Alfred Prufrock”,

The Waste Land, dan puisi-puisi yang lain, dia

meninggalkan teknik dan tema puisi sebelum

Perang Dunia I. Puisi dan karya kritikannya

membantu pembentukan semula kesusasteraan

moden. Pada tahun 1948, Eliot menerima Hadiah

Nobel bagi bidang kesusasteraan.

UMUM 
MA YUAN

Ma Yuan ialah pelukis yang terkenal daripada ahli

keluarga pelukis Cina yang dihormati. Bersama-sama

rakan pelukisnya, Xia Gui (juga dieja dengan

Hsia Kuei), Ma Yuan telah menghasilkan sebahagian

daripada lukisan landskap dengan menggunakan

dakwat terkenal pada awal tahun 1200-an pada

Zaman Song (Sung) Selatan di China.

UMUM 
HUABEN

Huaben ialah skrip cerita pendek yang wujud pada zaman Dinasti Song, Dinasti Yuan dan Dinasti Ming.

SASTERAKarya
BINTANG TIMOR

BINTANG TIMOR,   akhbar yang diusahakan oleh jemaah anak Cina Kristian Singapura yang rata-rata dianggotai oleh golongan Cina Peranakan, diterbitkan pada 2 Julai 1894.  Pengurus penerbitan akhbar ini ialah Tan Boon Chin dan Soong Seck Kum.  Song  Seck Kum merupakan pemilik Sin Yew Hean Press.  Sejak mula diterbitkan hingga bulan Mac 1895, akhbar ini merupakan edaran harian.  Namun disebabkan kurang sambutan, akhbar ini kemudiannya diterbitkan tiga kali  seminggu dan sejak 2 April 1895 hingga terbitan terakhirnya pada 2 Julai 1895, akhbar ini diterbitkan dua kali seminggu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKitab
RASCOM

RASCOM, pasukan kawalan keselamatan kawasan Rajang, Sarawak. Organisasi tentera yang terdiri daripada pelbagai bahagian di bawah pemerintahan bersama ini lebih dikenal sebagai Rajang Area Security Commad atau RASCOM dan ditubuhkan di Bahagian Ketiga Sarawak. Pada 25 Mac 1972, keseluruhan Bahagian Ketiga Sarawak diisytiharkan sebagai kawasan Keselamatan Istimewa oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia. Kawalan RASCOM meliputi kawasan Sibu, Kanowit, Mukah, Oya dan Dalat. Kawasan kawalan diperluaskan di Binatang (Bintagor), Sarikei dan Julau, serta Song dan Kapit.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas