Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.pan] | سوڤن

Definisi : 1. hormat (segan, takzim) dgn tatatertib: jangan kurang ~ di hadapannya; 2. baik budi bahasanya, tahu tertib peraturan, beradab: suaranya lembut dan ~; kau memang kasar dan tidak ~; 3. baik perangai dan kelakuannya (tidak cabul atau lacur): perempuan hendak­lah sepanjang masa ~ dr segenap segi; 4. sl berasa segan (takut, gentar, ngeri) akan: tiada hamba peduli dan ~ akan raksasa itu; bukanlah Raja itu besar namanya dan se­gala seteru pun tiada ~ akan dia; bersopan berbudi bahasa, beradab: orang kampung memang ~ kpd orang luar; menyopani 1. berlaku sopan terhadap, menghormati; 2. = mengesopani sl berasa takut (gentar, segan) akan: tiada siapa yg dikesopaninya dan dibilangkannya hanya Belia Raja; menyopankan mendidik (mengajar, me­ngasuh, dll) supaya menjadi sopan, meng­adabkan; kesopanan 1. perihal sopan (tingkah laku, tutur kata, dll): gambar yg membayangkan ~ seorang gadis desa; 2. adat sopan santun, tatasusila, tingkah laku (tutur kata) yg baik: perbuatan kita sudah melanggar ~ timur; 3. keadaban, peradaban; ketaksopanan keadaan tidak sopan: nilai­-nilai ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.pan] | سوڤن

Definisi : 1 baik budi bahasanya; baik perangai dan tingkah lakunya; beradab: Jika ada tetamu datang, kamu hendaklah sentiasa ~. 2 hormat dan takzim: Tetamu itu disambutnya dgn ramah-tamah lagi ~. bersopan berlaku sopan: Kita hendaklah sentiasa ~. menyopankan menjadikan sopan: Mereka berusaha ~ remaja bermasalah itu. kesopanan keadaan atau hal sopan; tutur kata (tingkah laku dll) yg sopan: Perbuatan mereka sudah melanggar ~ timur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Anjunglah Siam patah kemudi,
     Ambil paku lantak di papan;
Diamlah diam tidak berbunyi,
     Lupalah malu bertepuk sopan.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DISFEMISMEpenggunaan kata atau frasa yang tidak sopan, tidak menyenangkan, mengaibkan atau menyinggung perasaan untuk menggantikan kata atau frasa yang dianggap sopan atau menyenangkan.BAHASAKonsep
TABIK

Tabik ialah gerak isyarat untuk menyapa yang

biasanya untuk menyatakan rasa hormat atau sopan

santun. Berbagai-bagai jenis tabik dalam tentera

menunjukkan rasa hormat kepada pegawai,

bendera atau negara. Tabik lain meliputi berjabat

tangan dan gerakan yang rencam dengan senjata

yang dibuat oleh pemain pedang.

UMUM 
KELUCAHAN DAN PORNOGRAFI

Kelucahan dan pornografi ialah istilah yang

digunakan bagi merujuk bahan yang ditulis,

direkod, atau bergambar – termasuk filem – yang

dianggap oleh kebanyakan orang sebagai tidak

sopan dan dengan melihatnya sebagai menjelikkan.

Istilah kelucahan boleh juga merujuk kepada

bahasa atau tingkah laku yang dipercayai

merosakkan moral orang awam. Istilah pornografi

terutamanya merujuk, kepada bahan bercetak atau

gambar lucah yang tujuan utamanya adalah jelas

untuk menimbulkan keghairahan seks.

UMUM 

Kembali ke atas