NILSSON, BIRGIT | Nilsson, Birgit (1918– ), penyanyi soprano Sweden yang terkenal. Dia terkenal kerana suaranya yang bertenaga dan jelas. Pengkritik menganggap Nilsson sebagai salah seorang penyanyi terbaik yang berperanan sebagai watak utama dalam opera Richard Wagner. Persembahannya sebagai pelakon wanita utama dalam opera Wagner, Isolde dan Brünnhilde menjadi ukuran pada masa itu. | UMUM | |
SHUARD, AMY | Shuard, Amy (1924–1975), salah seorang soprano drama Inggeris yang terbaik. Lakonannya yang penuh penghayatan dan gabungan suaranya yang bertenaga dan lincah menjadikannya terkenal sebagai bintang opera. Kekuatan dramatiknya dapat dilihat dalam persembahannya yang terbaik dalam Turandot oleh Puccini. Dia tampil sebagai penyanyi utama dalam opera ini di Royal Opera House, Covent Garden pada tahun 1958. Amy Shuard lahir di London dan belajar muzik di Trinity College of Music. | UMUM | |
SILLS, BEVERLY | Sills, Beverly (1929– ), penyanyi wanita Amerika dan salah seorang soprano opera yang terkemuka pada pertengahan tahun 1900-an. Dia terkenal kerana suaranya lantang, bertenaga dan beralun-alun. | UMUM | |
DE LOS ANGELES, VICTORIA | De los Angeles, Victoria (1923– ) ialah soprano lirik wanita Sepanyol yang mendapat perhatian antarabangsa sebagai seorang penyanyi opera, penyanyi resital dan penyanyi solo orkestra. | UMUM | |
PRICE, LEONTYNE | Price, Leontyne (1927– ) ialah penyanyi Amerika Syarikat yang digolongkan sebagai salah seorang soprano yang paling terkenal dalam zamannya. Suaranya yang lantang mempunyai mutu getaran yang menarik dan luar biasa kepelbagaiannya. Price menjadi masyhur kerana resital konsert dan persembahan operanya juga. Peranan lakonnya dalam opera Aida mungkin merupakan peran operanya yang paling terkenal. Lakonannya pada tahun 1960, di La Scala di Milan, Itali, menjadikan dia terkenal di seluruh dunia. Dialah wanita kulit hitam pertama yang menjadi penyanyi utama dengan syarikat opera yang masyhur itu. | UMUM | |
TE KANAWA, DAME KIRI | Te Kanawa, Dame Kiri (1944– ), penyanyi opera New Zealand, salah seorang penyanyi soprano yang paling disanjung di dunia. Dia telah menyanyikan peranan utama dalam opera karya penggubah seperti Wolfgang Amadeus Mozart, Giacomo Puccini, Giuseppe Verdi, Georges Bizet, dan Richard Strauss. | UMUM | |
MALIBRAN, MARIA FELICITA | Malibran, Maria Felicita (1808–1836) ialah penyanyi opera Sepanyol yang terkenal. Dia dikenali kerana suaranya yang lantang dan fleksibel serta kepelbagaian vokalnya. Dia ialah penyanyi kontralto tetapi dia boleh juga membawakan lagu soprano dalam nada yang tinggi. Nyanyiannya yang penuh bersemangat menjadikan persembahannya menarik dan menyebabkan dia terkenal di peringkat antarabangsa. | UMUM | |
BRONHILL, JUNE | Bronhill, June (1930 – ), penyanyi soprano, mendapat pengiktirafan antarabangsa dalam opera dan operetta selepas memenangi pertandingan aria Sun pada tahun 1950. | UMUM | |
KELUARGA AMATI | Keluarga Amati ialah sebuah keluarga pembuat biola yang bekerja di Cremona, Itali dari tahun 1500-an hingga tahun 1700-an. Biola Amati terdapat dalam pelbagai warna daripada merah gelap hingga kuning terang. Biola itu mempunyai bentuk dan lengkung yang halus dan bahagian atas yang melengkung tinggi. Lengkung itu membantu menghasilkan bunyi soprano yang halus dan sedap didengar, yang digemari oleh kumpulan pemuzik essembel yang popular pada tahun 1600-an. | UMUM | |