KESATUAN REPUBLIK SOSIALIS SOVIET (K.R.S.S.) | Kesatuan Republik Sosialis Soviet (K.R.S.S.), juga dikenali sebagai Kesatuan Soviet, ialah negara Komunis pertama dan paling kuat di dunia. Negara ini wujud dari tahun 1922 hingga tahun 1991. Pada tahun 1991, Parti Komunis hilang kuasa, dan Kesatuan Soviet berpecah menjadi beberapa buah negara merdeka. | UMUM | |
SARAGAT, GIUSEPPE | Saragat, Giuseppe (1898–1988), presiden Itali dari tahun 1964 hingga tahun 1971. Saragat menjadi ahli Parti Sosialis pada tahun 1922, dan ahli jawatankuasa eksekutif pada tahun 1925. Dia mewakili Parti Sosialis dalam kabinet yang dibentuk pada tahun 1944. Pada tahun 1946, dia menjadi presiden Dewan Perundangan yang menggubal perlembagaan baru. Saragat meninggalkan Parti Sosialis pada tahun 1947 dan membentuk partinya sendiri yang kemudiannya menjadi Parti Demokratik Sosialis. Saragat lahir dan mendapat pendidikan di Turin. | UMUM | |
STALIN, JOSEPH | Stalin, Joseph (1879–1953), diktator Kesatuan Republik Sosialis Soviet (K.R.S.S.) dari tahun 1929 hingga tahun 1953. Dia bangkit daripada keadaan kemiskinan yang amat memeritkan sebelum menjadi pemimpin sebuah negara yang meliputi kira-kira satu per enam daripada keluasan tanah di dunia. | UMUM | |
SOSIALISME | Sosialisme ialah satu sistem ekonomi, gerakan politik dan teori sosial. Kebanyakan sosialis percaya bahawa kerajaan, sama ada di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat tempatan, dan bukannya individu, yang sepatutnya memiliki sumber negara dan mengawal kegunaannya. Sosialisme juga menuntut pemilikan umum terhadap tanah, kilang dan sumber asas pengeluaran yang lain. | UMUM | |
SPAAK, PAUL-HENRI | Spaak, Paul-Henri (1899–1972) ialah negarawan Eropah yang menjadi perdana menteri Sosialis yang pertama di Belgium. Dia membantu membimbing pembangunan semula Eropah selepas Perang Dunia II (1939–1945). | UMUM | |
THE INTERNATIONALE | The Internationale ialah lagu kebangsaan tidak rasmi yang digunakan oleh sesetengah parti Sosialis. Sehingga tahun 1944, ia merupakan lagu kebangsaan Kesatuan Soviet – negara Komunis yang diketuai oleh Rusia. Lirik ini ditulis dalam bahasa Perancis pada tahun 1871 oleh Eugéne Pottier. Muziknya digubah pada tahun 1888 oleh Pierre Degeyter, orang Belgium. | UMUM | |
DAGHESTAN | Daghestan, juga dieja Dagestan, merupakan negeri atau republik berautonomi dalam Persekutuan Kesatuan Republik Sosialis Soviet Rusia. | UMUM | |
MITTERRAND, FRANÇOIS-MAURICE | Mitterrand, François-Maurice (1916–1996) ialah Presiden Perancis pada tahun 1981 hingga tahun 1995. Sebagai ahli Parti Sosialis, Mitterrand adalah ahli berhaluan kiri yang pertama menjadi Presiden Perancis sejak tahun 1958. Dia bersara pada tahun 1995 setelah tamat penggal kedua pemerintahannya. Jacques Chirac, seorang konservatif menggantikannya. | UMUM | |
MERCOURI, MELINA | Mercouri, Melina (1925–1994) ialah pelakon wanita dan ahli politik wanita Yunani. Dia berkhidmat sebagai menteri kebudayaan kerajaan sosialis dari tahun 1981 sehingga dia meninggal dunia. Mercouri banyak mengembara untuk memperkenalkan seni dan sukan Yunani, di samping mengetengahkan isu kewanitaan. | UMUM | |
SHOSTAKOVICH, DIMITRI | Shostakovich, Dimitri (1906–1975) ialah penggubah Rusia yang paling penting. Pendidikan muzik dan kerjayanya hanya di Kesatuan Soviet (lihat Kesatuan Republik Sosialis Soviet). Karya utamanya ialah 15 simfoni dan 15 kuartet alat tali. Dia juga menulis konserto, lagu, nota muzik filem, balet, dan opera. Gubahannya yang paling popular termasuk “Polka” yang rancak daripada balet The Golden Age (1930). | UMUM | |