Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.sia.li.sa.si] | سوسياليساسي

Definisi : 1. IB usaha utk memindahkan hak milik seseorang menjadi milik negara (umum); 2. perihal (perbuatan) bergaul dan bermesra (antara satu sama lain), pergaulan: Tunstall telah menekankan pentingnya kajian media massa dlm konteks kehidupan dan proses ~ sesuatu masyarakat; ~ yg dialami para siswa berjalan tanpa sekatan, apalagi mereka jauh dr perhatian ibu bapa; 3. proses mendidik seseorang utk menyesuaikan diri dgn suasana (sikap, nilai dsb) yg dapat diterima dlm masyarakat: anak-anak hari ini mudah terdedah kpd pelbagai agen ~ bukan sahaja drpd ibu bapa; ~ manusia berlaku melalui pendidikan formal dan tidak formal sejak kecil hingga sepanjang hayat; bersosialisasi melakukan sosialisasi: antara tujuan menghantar anak ke tadika adalah utk mengajarnya ~; mensosialisasikan 1. IB menjadikan milik negara, memiliknegarakan; 2. mendidik se­seorang utk menyesuaikan diri dgn suasana (sikap, nilai dsb) yg dapat diterima dlm masyarakat: komunikasi memainkan pera­nan yg penting dlm ~ ahli-ahli masyarakat; terdapat beberapa faktor yg mempengaruhi cara ibu bapa ~ anak-anak mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.sia.li.sa.si] | سوسياليساسي

Definisi : perihal atau perbuatan bergaul dan bermesra antara satu sama lain; pergaulan: Beliau menekankan pentingnya kajian media massa dlm konteks kehidupan dan proses ~ sesuatu masyarakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sosialisasi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SOSIALISASI

Sosialisasi, dalam bidang sains tingkah laku,

merujuk kepada proses kompleks yang dialami

oleh individu ketika belajar mengenal dan

melaksanakan tingkah laku yang dituntut oleh

masyarakat. Sosialisasi memperkenalkan tabiat,

idea, sikap, dan nilai. Para ahli sains tingkah laku

yang terdiri daripada ahli antropologi, ahli

psikologi, dan ahli sosiologi menganggap

sosialisasi sebagai salah satu cara utama

masyarakat mengabadikan kewujudannya. Melalui

sosialisasi, kebudayaan dipindahkan daripada satu

generasi kepada satu generasi yang lain.

UMUM 

Kembali ke atas