ADAT PERPATIH | ADAT PERPATIH, sistem sosiobudaya tradisional yang lengkap, terdapat di kalangan masyarakat Melayu di Negeri Sembilan dan Naning (Melaka) dan merupakan warisan daripada sistem sosiobudaya yang datang dari wilayah Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia. | BUDAYA | Konsep |
PERTEMBUNGAN BAHASA | PERTEMBUNGAN BAHASA, keadaan sosiobudaya yang memungkinkan sesuatu bahasa mempengaruhi bahasa lain. Pertembungan bahasa terjadi di seluruh dunia, apa lagi di Nusantara yang kaya dengan pelbagai bahasa dan pelbagai kemungkinan. Pertembungan dua bahasa di sesuatu daerah akan menghasilkan beberapa gejala sosiolinguistik. | BAHASA | Konsep |
PERSATUAN MELAYU SARAWAK | PERSATUAN MELAYU SARAWAK, persatuan sosiobudaya Melayu yang pertama di Sarawak. Idea penubuhan persatuan ini dicetuskan oleh Muhammad Rakawi Yusof. Persatuan ini ditubuhkan pada tahun 1939. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
DERHAKA | DERHAKA, istilah sosiobudaya dan budaya politik masyarakat Melayu yang bermaksud menafi, menentang, membantah, menidakkan atau melakukan perbuatan atau tindakan kontra terhadap pihak yang lebih tinggi taraf atau kedudukan batang tubuh serta peribadi seseorang, pemegang kuasa atau wibawa dalam sesebuah organisasi sehingga ke peringkat kerajaan, negeri dan negara. Bertentangan dengan derhaka adalah patuh, taat dan setia kepada pihak berkenaan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ADAT TEMENGGUNG | ADAT TEMENGGUNG, sistem sosiobudaya peribumi tentang pemilikan, pewarisan dan kepimpinan yang terdapat dalam masyarakat Melayu yang mengamalkan sistem dwisisi. | BUDAYA | Konsep |
ADAT PERKAHWINAN MELAYU BRUNEI | ADAT PERKAHWINAN MELAYU BRUNEI, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di Brunei Darussalam. Adat perkahwinan Melayu Brunei terutama yang bermastautin di Kampung Air dan sekitarnya banyak berdasarkan atau dipengaruhi oleh Islam. Hal ini terjadi kerana Islam dan adat istiadat merupakan dua hal yang dominan yang menjadi teras sosiobudaya orang Brunei. Adat perkahwinan masyarakat in terbahagi kepada beberapa upacara. | BUDAYA | Konsep |