Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.sio.é.ko.no.mi] | سوسيوايکونومي

Definisi : (sosioékonomi) berkaitan dgn, melibatkan unsur-unsur atau faktor-faktor ke­masyarakatan dan ekonomi: kajian-kajian ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.sio.é.ko.no.mi] | سوسيوايکونومي

Definisi : /sosioékonomi/ ber­kaitan dgn atau melibatkan faktor kemasyarakatan dan faktor ekonomi: kajian-kajian ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sosioekonomi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri

merupakan agensi pembangunan negeri yang

berfungsi sebagai pengagih dan penggalak

pertumbuhan dan perkembangan sosioekonomi

bagi setiap negeri di Malaysia.

UMUM 
SAJAK PROTES

SAJAK PROTES, sajak yang memperlihatkan sikap penentangan dan kurang senang penyair terhadap sesuatu isu yang timbul dalam masyarakat yang ada hubungannya dengan keadaan sosioekonomi dan politik.  Sajak protes mula berkembang di Malaysia pada tahun 1966.  Suara penyair yang lantang dan berterus terang, menyebabkan nilai seni sajak tidak terpelihara.

SASTERAKonsep
PERTEMUAN DUNIA MELAYU

PERTEMUAN DUNIA MELAYU, perhimpunan cendekiawan dunia Melayu dari wilayah kepulauan Melayu.  Pertemuan ini meliputi segala aspek budaya Melayu termasuk politik, sosioekonomi, agama, pelajaran, kesenian dan sebagainya.

SASTERAKarya
BADAN BERKANUN

BADAN BERKANUN, sebuah perbadanan awam dalam struktur pentadbiran kerajaan. Badan berkanun ditubuhkan oleh kerajaan Persekutuan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, dan oleh kerajaan negeri di bawah enakmen yang diluluskan oleh Dewan Undang Negeri masing-masing. Penubuhan badan berkanun pada umumnya bertujuan untuk membolehkan penglibatan kerajaan secara terus dan lebih berkesan dalam bidang perkhidmatan awam dan pembangunan sosioekonomi yang memerlukan modal yang banyak dan kurang mendapat sambutan daripada sektor swasta. Badan berkanun dijangka akan dapat memainkan peranan yang lebih aktif dan bebas kerana badan tersebut tidak perlu mengikut peraturan biasa yang diamalkan dalam pentadbiran kerajaan, walaupun badan itu diletakkan di bawah kuasa kerjaaan Persekutuan dan kerajaan Negeri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
PERIKATAN MELAYU PERAK

PERIKATAN MELAYU PERAK,  pertubuhan politik.  Perikatan Melayu Perak atau Perak Malays League ditubuhkan pada 27 Januari 1946 di Ipoh, Perak.  Sebelum itu telah ada Persatuan Melayu Perak yang lebih bersifat sosioekonomi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SENI UNTUK MASYARAKAT

SENI UNTUK MASYARAKAT, konsep yang mementingkan setiap karya atau hasil seni kreatif imaginatif seperti seni sastera, seni muzik, seni tari, seni lakon dan lain-lain yang dihasilkan harus mempunyai arah, fungsi dana amanat yang jelas.  Pengarang menghasilkan karya yang berhubungan dengan masyarakat bawahan. Dengan itu, pengarang berharap pembaca akan dapat menghayati pemikiran dalam karya yang dihasilkan demi meningkatkan taraf hidup dan membaiki nasib diri mereka terutama dalam aspek sosioekonomi dan sosiopolitik.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas