SOSIOLOGI | Sosiologi ialah satu kajian tentang individu, kumpulan, dan institusi yang membentuk masyarakat manusia. Bidang sosiologi meliputi lapangan yang cukup luas, termasuk setiap aspek tentang keadaan sosial manusia. Ahli sosiologi meneliti dan merekod bagaimana manusia berhubung sesama mereka dan dengan persekitaran mereka. Mereka juga mengkaji pembentukan kumpulan; sebab-sebab pelbagai bentuk tingkah laku sosial; dan peranan sekolah institusi dan lain yang wujud di kalangan masyarakat. Sosiologi ialah salah satu bidang sains sosial dan amat rapat hubungannya dengan antropologi, psikologi, dan sains sosial yang lain. | UMUM | |
DURKHEIM, EMILE | Durkheim, Emile (1858–1917) ialah ahli sosiologi Perancis. Teori dan tulisannya membantu meletakkan asas sosiologi moden. | UMUM | |
MASYARAKAT | Masyarakat lihat Sosiologi. | UMUM | |
MYRDAL, ALVA REIMER | Myrdal, Alva Reimer (1902–1986) ialah diplomat Sweden dan ahli sosiologi. Dia menjadi popular kerana menggalakkan perlucutan senjata nuklear dan keamanan dunia. Dari tahun 1962 hingga tahun 1973, dia mengetuai delegasi Sweden ke Persidangan Perlucutan Senjata Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland. Myrdal berkongsi Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1982 dengan Alfonso Garcia Robles dari Mexico. Dia menulis The Game of Disarmament (1976) dan War, Weapons, and Everyday Violence (1977), beberapa buah buku lain dan beberapa artikel tentang perlucutan senjata. Myrdal lahir di Uppsala, Sweden. Dia lulusan dari University of Stockholm dan menerima ijazah sarjana dari University of Uppsala. Myrdal menjadi duta wanita pertama Sweden. Suaminya, Gunnar Myrdal ialah ahli sosiologi dan ekonomi. | UMUM | |
MYRDAL, GUNNAR | Myrdal, Gunnar (1898–1987) ialah ahli sosiologi dan ekonomi Sweden. Dia terkenal melalui kajiannya tentang masalah utama dunia. Bukunya, An American Dilemma: The Negro Problem and Modern Democracy (1944) dianggap sebagai kajian yang luar biasa tentang hubungan ras di Amerika Syarikat. Kajian Myrdal tentang pembangunan sosial dan ekonomi negara-negara mundur telah menghasilkan penulisan berjudul Asian Drama: An Inquiry into the Poverty of Nations (1968). Buku itu cuba menghuraikan punca terlalu ramai penduduk miskin di bahagian selatan Asia dan tindakan yang boleh dilakukan. | UMUM | |
MERTON, ROBERT KING | Merton, Robert King (1910–2003), ahli sosiologi Amerika. Dia terkenal kerana menggabungkan teori sosial dengan penyelidikan kuantitatif (statistik). Dalam bukunya Science, Technology and Society in Seventeenth Century England (1938), Merton membincangkan sumbangan kekuatan budaya, ekonomi dan sosial kepada perkembangan sains moden. Dia menyimpulkan bahawa ramai reformis Protestan, termasuk golongan Puritan Inggeris, secara tidak langsung telah menolong sains moden dengan menggalakkan orang membuat kajian terhadap alam tabii. | UMUM | |
PARETO, VILFREDO | Pareto, Vilfredo (1848–1923), ahli sosiologi dan ekonomi Itali yang terkenal terutama kerana teorinya tentang tingkah laku politik. | UMUM | |
TINGKAH LAKU KOLEKTIF | Tingkah laku kolektif ialah suatu istilah dalam bidang sosiologi yang merujuk kepada cara orang bertindak semasa berada dalam kumpulan orang ramai dan dalam kumpulan ramai lain yang agak tidak tersusun. Pelbagai jenis tingkah laku kolektif termasuk sifat kegila-gilaan, cemas dan rusuhan. Tingkah laku kolektif sering timbul dalam situasi yang merangsang emosi orang. Situasi tersebut termasuk acara bersukan, tunjuk perasaan membantah dan malapetaka. | UMUM | |
SENJANG BUDAYA | Senjang budaya ialah kegagalan beberapa bahagian kebudayaan untuk menjadi seiring dengan bahagian-bahagian lain yang berkaitan. William F. Ogburn, ahli sosiologi Amerika, memperkenalkan istilah ini pada tahun 1920-an. Dia menegaskan bahawa perkembangan teknologi menyebabkan perubahan pesat berlaku pada kebudayaan kebendaan , termasuk perumahan, jentera, dan proses industri. Tetapi dia melihat bahawa kebudayaan bukan kebendaan , termasuk idea, nilai, dan sistem sosial, biasanya berada terbelakang daripada kebudayaan kebendaan | UMUM | |
DETERMINISME | Determinisme ialah doktrin falsafah yang mempercayai bahawa segala tindakan manusia mempunyai sebab musabab psikologi, sosiologi dan sebagainya. | FALSAFAH | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |