Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sound


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
THE MALAY SOUND SYSTEM

THE MALAY SOUND SYSTEM, buku yang menghuraikan sisitem bunyi bahasa Melayu. Buku setebal 132 halaman ini ditulis oleh Yunus Maris dalam bahasa Inggeris dan diterbitkan oleh Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. pada tahun 1980. buku ini digunakan untuk mengajar sistem sebutan bahasa Melayu di Maktab Bahasa, Kuala Lumpur. Buku ini diperlengkapkan dengan latihan untuk mengajar sebutan bahasa Melayu di Amerika Syarikat pada tahun 1962. Naskhah siklostil diterbitkan pada tahun 1966.

BAHASAPenerbitan
ALBANY

Albany (pend. 13 559) ialah bandar dan pelabuhan

di barat daya Australia Barat. Ia terletak di King

George Sound, lebih kurang 400 kilometer di

selatan Perth. Untuk lokasinya, lihat Australia Barat

(peta).

UMUM 
PLYMOUTH

Plymouth (pend. 238 800) ialah sebuah

pelabuhan di pantai barat daya England. Untuk

lokasi, lihat England (peta politik). Ia terletak di

Plymouth Sound di mana Laut Tamar mengalir ke

Selat Inggeris. Industri tempatan termasuk

pembinaan kapal, pelbagai elektronik dan lain-lain

perniagaan yang berkaitan. Kegiatan pelancongan

juga penting di sini.

UMUM 
DERBY

Derby (pend. 7727), ialah pusat pentadbiran bagi

wilayah Kimberley di Australia Barat. Wilayah

Derby Kimberley Barat meliputi kawasan seluas

164 329 kilometer persegi. Derby terletak di King

Sound, 2400 kilometer melalui jalan raya ke

timur laut Perth.

UMUM 
TELEFON

Telefon ialah alat yang digunakan untuk menghantar

dan menerima mesej suara, biasanya dengan

menggunakan arus elektrik. Ia merupakan salah satu

kaedah komunikasi yang sangat berguna. Dalam

beberapa saat sahaja, anda dapat menelefon

seseorang yang berada di seberang jalan, di

bahagian lain dalam negara, ataupun dengan

seseorang di benua lain. Perkataaan telephone

( telefon ) berasal daripada dua perkataan Yunani yang

bermakna far ( jauh ) dan sound ( bunyi ) .

UMUM 
TASIK TE ANAU

Tasik Te Anau ialah tasik yang terbesar di Pulau

Selatan New Zealand. Tasik ini luasnya 344

kilometer persegi dan panjangnya melebihi 64

kilometer. Ia mempunyai tiga buah terusan yang

panjang yang menganjur ke luar ke arah

pergunungan di bahagian barat. Kebanyakan

puncak gunung di sekeliling tasik ini menjulang

hingga melebihi 1800 meter di atas aras laut. Te

Anau, sebuah bandar kecil di hujung selatan tasik

ini, merupakan tempat percutian yang popular.

Antara tarikannya ialah perjalanan dengan bot di

Tasik Te Anau. Tasik ini juga merupakan tempat

permulaan Milford Track, iaitu lorong pejalan kaki

yang mengambil masa selama tiga hari untuk

sampai ke Milford Sound. Untuk lokasi, lihat New

Zealand (peta rupa bumi).

UMUM 
THOMSON, TOM

Thomson, Tom (1877–1917) ialah pelukis

landskap Kanada. Thomson sering dikaitkan dan

dipengaruhi oleh J.E.H. MacDonald, A.Y. Jackson

dan pelukis Kanada yang lain yang menggelarkan

diri mereka “Kumpulan Tujuh” selepas tahun 1920.

Thomson tinggal di Algonquin Park, Ontario,

Kanada selama lapan bulan pada setiap tahun

untuk berkhidmat sebagai renjer dan pelukis. Pada

musim sejuk, Thomson tinggal di Toronto untuk

menyiapkan beberapa lukisan besar yang dilukis

berdasarkan lakaran. Lukisan-lukisan tersebut

menggambarkan keindahan dan kecantikan tanah

gersang Kanada yang mengagumkan. Lukisan

tersebut bercirikan warna-warna terang dan

pengolahan gaya bebas yang tidak ada tolok

banding. Northern Lake, hasil karya Thomson yang

pertama dipamerkan, telah dibeli oleh Galeri Seni

Kebangsaan di Ottawa. Thomson lahir berhampiran

Owen Sound, Ontario. Dia mati lemas di

Algonquin Park, Kanada pada tahun 1917.

Lihat juga Kanada (Seni [gambar])

UMUM 

Kembali ke atas