Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adv towards the south, ke selatan: the ship sailed ~, kapal itu belayar ke selatan; down ~, (colloq) a. in the south, di (sebelah) selatan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n selatan: my brother lives in the ~, adik saya tinggal di selatan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : to the ~ of, terletak di (sebelah) selatan: Johor Bahru is to the ~ of Kuala Lumpur, Johor Bahru terletak di sebelah selatan Kuala Lumpur; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : b. to the south, ke (sebelah) selatan: we’re moving down ~, kami hendak pindah ke selatan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. from the south, (dr) selatan: a ~ wind was blowing, angin dr selatan sedang bertiup; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. in or facing the south, selatan: S~ Korea, Korea Selatan; the ~ wing of the building, bahagian selatan bangunan itu; on the ~ side of the street, di bahagian selatan jalan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata south


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SOUTH SEA BUBBLE

South Sea Bubble ialah bencana kewangan

yang menggegar kerajaan Britain pada awal tahun

1700-an. South Sea Company yang ditubuhkan

pada tahun 1711 untuk mempertingkatkan

dagangan antara Britain dengan Amerika Selatan

memonopoli dagangan pada tahun 1718 dengan

memberi rasuah kepada beberapa orang ahli

parlimen. Sebagai balasan, syarikat ini sanggup

mengambil alih beban hutang negara. Spekulasi

menyebabkan harga saham melambung naik dari

100 paun ke-1000 paun.

UMUM 
NEW SOUTH WALES

New South Wales ialah negeri yang terletak di

tenggara Australia. Ia disempadani oleh Queensland

di utara, Lautan Pasifik di timur, Victoria di selatan,

dan Australia Selatan di barat. New South Wales

mempunyai tiga bandar utama – Sydney, Newcastle,

dan Wollongong. Lebih separuh penduduk negeri

itu tinggal di Sydney.

UMUM 
TELUK JERVIS

Teluk Jervis ialah serokan di pantai New South

Wales, Australia. Kerajaan Persekutuan mempunyai

hak terhadap teluk tersebut dan kawasan seluas 73

kilometer persegi di sekelilingnya. Tentera Laut

Australia menggunakan teluk berkenaan sebagai

sebuah pangkalan bagi kapal mereka. Pada tahun

1915, New South Wales menyerahkan kuasa

terhadap kawasan tersebut kepada kerajaan

persekutuan untuk dijadikan sebuah pelabuhan

bagi Wilayah Persekutuan Australia.

UMUM 
TASIK GEORGE

Tasik George, terletak di New South Wales,

Australia iaitu 32 kilometer di timur laut Canberra.

Tasik ini terletak kira-kira 600 meter di atas aras laut.

Apabila tasik tersebut dipenuhi air, panjangnya kira-kira

25 kilometer dan lebarnya 10 kilometer dan

meliputi suatu kawasan yang seluas 96 kilometer

persegi. Tasik tersebut menjadi kering dari semasa

ke semasa. Ketika paras hujan tinggi dan penyejatan

rendah, Tasik George dipenuhi ikan dan boleh

digunakan untuk perlumbaan bot. Pada ketika lain,

tebingnya merupakan dataran berumput yang boleh

dibajak untuk bercucuk tanam. Untuk lokasinya, lihat

New South Wales (peta).

UMUM 
LIGHTNING RIDGE

Lightning Ridge ialah pusat perlombongan

opal yang terletak di kawasan tengah, utara New

South Wales, Australia. Ia terletak lebih kurang

770 kilometer dari Sydney, 75 kilometer ke utara

Walgett, dan 50 kilometer ke selatan sempadan

Queensland. Ia adalah lombong opal yang paling

produktif di New South Wales dan sumber

terbesar opal hitam (batu baiduri) yang berkualiti

tinggi di dunia.

UMUM 
TEROWONG PELABUHAN SYDNEY

Terowong Pelabuhan Sydney , di New South

Wales , Australia, ialah jalan perhubungan empat

hala sepanjang 2.3 kilometer antara lebuh raya ke

utara dengan selatan Pelabuhan Sydney. Projek

tersebut yang dibiayai bersama oleh sebuah

syarikat Australia dan sebuah syarikat Jepun,

termasuk tiub bawah aras laut sepanjang 960 meter

melintasi pelabuhan, yang dipasang pada lurah

yang dibina di dasar laut. Tiub tersebut terdiri

daripada lapan bahagian. Setiap bahagian ialah

sepanjang 120 meter dan seberat 23 000 tan metrik.

Terowong ini dibuka kepada lalu lintas pada bulan

Ogos 1992.

UMUM 
SYDNEY HARBOUR BRIDGE

Sydney Harbour Bridge di New South Wales

ialah jambatan Australia yang paling terkenal di

Australia dan salah sebuah jambatan satu

rentangan yang paling panjang di dunia. Bersama

dengan rentangan jalan masuknya, panjangnya

ialah 1149 meter. Jambatan ini terbentang

menyeberangi Pelabuhan Sydney dari Dawes Point

ke Milsons Point. Jambatan ini, yang dibuka pada

19 Mac 1932, mengambil masa sembilan tahun

untuk dibina dan menelan belanja hampir 20 juta

dolar Australia.

UMUM 
MACARTHUR, JOHN

Macarthur, John (1767–1834), mengasaskan

industri bulu biri-biri di Australia. Dia tiba di New

South Wales pada tahun 1790, sebagai pegawai

tentera British. Pada waktu itu kerajaan British

menganggap koloni tersebut semata-mata sebagai

sebuah petempatan penal dan peneroka yang tiba

terpaksa berusaha sendiri untuk menampung hidup

mereka. Macarthur mempunyai wawasan yang

berbeza. Dia percaya bahawa peneroka yang telah

dibebaskan boleh mengembangkan perdagangan

dan pertanian di New South Wales dan menjadikan

diri mereka dan koloni tersebut kaya. Dia

berpegang kuat kepada kepercayaan ini dan

berjuang untuk menjayakannya sepanjang

hidupnya. Dia berjuang tanpa kompromi dan

dengan perasaan yang sombong. Akibatnya, dia

mempunyai sedikit sahabat dan banyak musuh.

UMUM 
PERPUSTAKAAN MITCHELL

Perpustakaan Mitchell, di Sydney, New

South Wales , mengandungi koleksi penyelidikan

berjumlah lebih 200 000 buah buku bercetak dan

beberapa ribu manuskrip, peta, lukisan, cetakan,

dan gambar tentang Australia. Koleksi ini juga

meliputi koleksi kawasan Pasifik dari Indonesia

hingga ke Hawaii, dan dari Filipina hingga ke

Antartik.

UMUM 
SNOWY

Snowy ialah sebatang sungai di tenggara New

South Wales dan timur Victoria, Australia. Sungai ini

bermula berhampiran Gunung Kosciusko di

Pergunungan Snowy dan mengalir kira-kira sejauh

430 kilometer menuju muaranya berhampiran Orbost

di timur Gippsland. Sungai ini mempunyai kawasan

tadahan seluas 12 945 kilometer persegi. Sungai ini

menjadi masyhur apabila penyair berketurunan

Australia yang bernama Banjo Paterson menerbitkan

puisinya, The Man from Snowy River” pada tahun

1895 (lihat Paterson, Banjo).

UMUM 
123456

Kembali ke atas