Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[spék.tro.méter] | سڤيکتروميتر

Definisi : (spéktrométer) (Fiz) alat utk mengukur panjang gelombang pelbagai jenis sinar; ~ jisim sj spektrometer yg digunakan utk menentukan jisim atom atau molekul dan bilangan relatif isotop yg berlainan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[spék.tro.méter] | سڤيکتروميتر

Definisi : /spéktrométer/ ist alat utk mengukur panjang gelombang pelbagai jenis sinar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata spektrometer


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SPEKTROMETER

Spektrometer ialah alat yang menyebarkan

cahaya menjadi spektrum dan mempamerkannya

untuk dikaji. Atom atau molekul semua bahan

mengeluarkan cahaya apabila dipanaskan ke suhu

tinggi. Pola cahaya yang dikeluarkan berbeza bagi

setiap bahan. Oleh itu, pakar boleh mengenal pasti

sesuatu bahan atau menentukan komposisi

kimianya dengan menganalisis spektrumnya.

UMUM 
TIUB GEISSLERTiub Geissler ialah tiub dicas gas yang serupa dengan lampu neon. Ia terdiri daripada tiub kaca yang mengandungi gas seperti hidrogen, nitrogen, oksigen, dan udara di bawah tekanan rendah. Gas dinyalakan supaya berwarna terang dengan melalukan arus elektrik menerusi tiub itu. Ahli sains menggunakan tiub Geissler dalam penyelidikan, khususnya untuk memeriksa gas pijar dengan peranti yang dinamakan spektrometer (lihat Spektrometer). Tiub Geissler pertama kali dibina oleh Heinrich Geissler, pembuat alat Jerman, pada akhir tahun 1850-an.UMUM 
SPEKTROSKOPI JISIM

Spektroskopi jisim, juga dinamakan

spektrometri jisim ialah satu kaedah untuk

memisahkan atom atau molekul yang diionkan,

mengikut jisim (m) dan cas elektriknya (z). Ia

melibatkan penggunaan alat yang dinamakan

spektrometer jisim. Spektroskopi jisim merupakan

satu cara yang berkesan untuk mengenal unsur,

isotop dan molekul. Ia juga boleh digunakan untuk

menentukan komposisi dan struktur kimia sesuatu

bahan yang lebih kompleks.

UMUM 
RENIUM

Renium ialah unsur kimia dengan simbol Re. Ia

adalah logam nadir, mahal, berwarna putih

keperakan. Ia didapati sedikit dalam mineral seperti

gadolinit , dan molibdenit . Renium mempunyai satu

daripada takat lebur yang paling tinggi antara unsur

kimia. Oleh kerana ini ia tahan terhadap suhu tinggi.

Tenium adalah bahan yang berharga dalam aloi

(campuran logam) tertentu. Ia kadangkala

dicampurkan dengan tungsten atau platinum untuk

membuat kelengkapan elektrik tahan panas. Ia juga

digunakan untuk membuat filamen (dawai halus)

untuk alat yang dikenali sebagai spektrometer , yang

digunakan untuk mengukur jisim atom dan molekul

yang bercas.

UMUM 

Kembali ke atas