Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[spék.tro.sko.pi] | سڤيکتروسکوڤي

Definisi : (spéktroskopi) kajian tentang spektrum, terutamanya aspek penghasilan, penyukatan, dan pentafsiran spektrum; ~ inframerah kaedah analisis yg mengukur julat panjang gelombang inframerah yg diserap oleh sesuatu bahan sampel utk membolehkan atom atau kumpulan atom dlm molekul sampel dikenal pasti; ~ jisim kaedah analisis utk menentukan jisim atom atau molekul dgn menggunakan spektroskop. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[spék.tro.sko.pi] | سڤيکتروسکوڤي

Definisi : /spéktroskopi/ ist kaji­an ttg spektrum, terutamanya as­pek penghasilan, penyukatan, dan pentafsiran spektrum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata spektroskopi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SPEKTROSKOPIBidang yang mengkaji spektrum, iaitu interaksi antara tenaga dengan jirim.KIMIAKonsep
SPEKTROSKOPI JISIM

Spektroskopi jisim, juga dinamakan

spektrometri jisim ialah satu kaedah untuk

memisahkan atom atau molekul yang diionkan,

mengikut jisim (m) dan cas elektriknya (z). Ia

melibatkan penggunaan alat yang dinamakan

spektrometer jisim. Spektroskopi jisim merupakan

satu cara yang berkesan untuk mengenal unsur,

isotop dan molekul. Ia juga boleh digunakan untuk

menentukan komposisi dan struktur kimia sesuatu

bahan yang lebih kompleks.

UMUM 
ZEEMAN, PIETER

Zeeman, Pieter (1865–1943) ialah ahli fizik

Belanda yang terkenal kerana penemuannya

dalam spektroskopi. Pada tahun 1896, dia menemui

kesan Zeeman, iaitu pemisahan garis spektrum

oleh medan magnet.

UMUM 
ÅNGSTRÖM, ANDERS JONAS

Ångström, Anders Jonas (1817–1874), ahli

fizik dan ahli falak Sweden dan merupakan salah

seorang pelopor sains spektroskopi . Sains ini

melibatkan pengkajian tentang cahaya dengan

menyebarkannya ke dalam spektrumnya (warna-warna

unsur).

UMUM 
SIEGBAHN, KARL MANNE GEORG

Siegbahn, Karl Manne Georg (1886–1978) ialah

ahli fizik Sweden yang menerima Hadiah Nobel

tahun 1924 bagi bidang fizik kerana usahanya

tentang sinar-x dan kaedah analisis yang dikenali

sebagai spektroskopi sinar-x. Dia beralih daripada

minatnya dalam elektrik dan kemagnetan kepada

kajian tentang sinar-x pada tahun 1914. Dia mencipta

spektograf sinar-x jenis baru dan tiub sinar-x yang

bertambah baik. Dengan alat yang lebih tepat ini,

dia dapat mengukur dengan lebih jitu daripada

sebelumnya. Dia juga menyelidiki struktur dalaman

atom melalui kajiannya tentang spektrum sinar-x.

UMUM 

Kembali ke atas