Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[spék.trum] | سڤيکتروم

Definisi : (spéktrum) 1. paparan cahaya yg berwarna-warni (spt warna pelangi) yg terjadi apabila sinar cahaya diuraikan menerusi kaca prisma; 2. julat atau lingkungan sesuatu per­kara tertentu: proses pendidikan hendaklah berakarkan ilmu pengetahuan dan teknologi dlm apa juga ~; perkembangan bahasa kanak-kanak berbeza-beza dlm satu ~ yg luas; ~ garis spektrum pemancaran atau pe­nyerapan yg terdiri drpd garis-garis (setiap garis terbit akibat perbezaan aras tenaga elektron); ~ jalur spektrum yg terdiri drpd satu siri jalur sinaran yg dipancarkan atau diserap; ~ jisim spektrum yg terhasil drpd spektrometer atau spektrograf; ~ pemanca­ran spektrum yg terhasil akibat pemancaran sinaran elektromagnet drpd sesuatu jisim; ~ penyerapan spektrum yg terhasil drpd penye­rapan sinaran elektromagnet oleh sesuatu jirim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[spék.trum] | سڤيکتروم

Definisi : /spéktrum/ 1 cahaya ber­warna-warni spt warna pelangi yg terjadi apabila sesuatu sinar diuraikan oleh kaca prisma dll. 2 julat atau lingkungan ttg sesuatu perkara: Per­kembangan bahasa kanak-kanak berbeza-beza dlm satu ~ yg luas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata spektrum


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KESAN ZEEMAN

Kesan Zeeman ialah pemisahan suatu garis

spektrum apabila sumber cahaya dikenakan pada

medan magnet. Garis-garis cahaya spektrum

terbentuk apabila elektron dalam atom bertukar

dari satu paras tenaga ke satu paras tenaga yang

lain (lihat Cahaya [Sumber cahaya]).

UMUM 
SPEKTROSKOPIBidang yang mengkaji spektrum, iaitu interaksi antara tenaga dengan jirim.KIMIAKonsep
STRUVE, OTTO

Struve, Otto (1897–1963) ialah ahli astranomi

Amerika yang banyak menyumbangkan kajian

tentang bintang. Dia terkenal terutamanya kerana

penyiasatannya tentang spektrum bintang. Struve

banyak membuat kajian tentang bintang dedua

spektroskopik, iaitu pasangan bintang yang hanya

dapat dikenal dengan menganalisis spektrum

cahayanya. Struve menentukan saiz dan jisim

bintang-bintang itu dengan mengkaji perubahan

berkitar garis spektrumnya daripada gelombang

biru kepada gelombang merah dan kemudiannya

berbalik kepada gelombang biru. Lihat Bintang

(Bintang dedua).

UMUM 
SPEKTROMETER

Spektrometer ialah alat yang menyebarkan

cahaya menjadi spektrum dan mempamerkannya

untuk dikaji. Atom atau molekul semua bahan

mengeluarkan cahaya apabila dipanaskan ke suhu

tinggi. Pola cahaya yang dikeluarkan berbeza bagi

setiap bahan. Oleh itu, pakar boleh mengenal pasti

sesuatu bahan atau menentukan komposisi

kimianya dengan menganalisis spektrumnya.

UMUM 
SINAR ULTRAUNGU

Sinar ultraungu ialah bentuk cahaya yang tidak

boleh dilihat dengan mata kasar, yang terletak

betul-betul melepasi penghujung warna ungu

kebiruan dalam spektrum cahaya tampak.

Matahari ialah sumber semula jadi utama sinar

ultraungu. Kilat, atau sebarang percikan elektrik

yang lain di udara juga mengeluarkan sinar

ultraungu. Sinar ini boleh dihasilkan secara tiruan

dengan melalukan arus elektrik melalui satu gas

atau wap seperti wap merkuri. Sinar ultraungu

boleh menyebabkan selaran matahari.

Pendedahan yang berlebihan terhadap sinar ini

boleh menyebabkan kanser kulit. Sinar ultraungu

juga memusnahkan organisma yang berbahaya

dan mempunyai manfaat yang lain.

UMUM 
ANJAKAN MERAH

Anjakan merah ialah anjakan jarak gelombang

cahaya yang dipancarkan oleh objek kosmos ke

arah jarak gelombang yang lebih panjang (merah)

pada spektrum objek tersebut.

UMUM 
STARK, JOHANNES

Stark, Johannes (1874–1957), ahli fizik Jerman

yang terkenal kerana penemuannya tentang kesan

Stark. Penemuan ini, iaitu pemisahan garis

spektrum apabila atom pemancar berada dalam

medan elektrik, menjadikannya memenangi Hadiah

Nobel tahun 1919 bagi bidang fizik. Dia juga

melihat perubahan frekuensi cahaya daripada atom

yang bergerak dalam tiub discas gas. Ini adalah

pencerapan pertama kesan Doppler optik daripada

punca selain bintang (lihat Kerelatifan [Teori

kerelatifan umum]).

UMUM 
MOSELEY, HENRY GWYN-JEFFREYS

Moseley, Henry Gwyn-Jeffreys (1887–1915),

ahli fizik yang terkenal dengan kajiannya tentang

sinar-x. Pada sekitar tahun 1913, dia menemui

hubungan yang sistematik antara spektrum sinar-x

dan nombor atom bagi unsur yang memancarkan

sinar-x tersebut. Penemuan ini membolehkan ahli

sains menentukan nombor atom bagi elemen

yang tidak diketahui dan menyusun unsur

tersebut di tempat yang betul di dalam jadual

berkala (lihat Unsur kimia).

UMUM 
ZEEMAN, PIETER

Zeeman, Pieter (1865–1943) ialah ahli fizik

Belanda yang terkenal kerana penemuannya

dalam spektroskopi. Pada tahun 1896, dia menemui

kesan Zeeman, iaitu pemisahan garis spektrum

oleh medan magnet.

UMUM 
SIEGBAHN, KARL MANNE GEORG

Siegbahn, Karl Manne Georg (1886–1978) ialah

ahli fizik Sweden yang menerima Hadiah Nobel

tahun 1924 bagi bidang fizik kerana usahanya

tentang sinar-x dan kaedah analisis yang dikenali

sebagai spektroskopi sinar-x. Dia beralih daripada

minatnya dalam elektrik dan kemagnetan kepada

kajian tentang sinar-x pada tahun 1914. Dia mencipta

spektograf sinar-x jenis baru dan tiub sinar-x yang

bertambah baik. Dengan alat yang lebih tepat ini,

dia dapat mengukur dengan lebih jitu daripada

sebelumnya. Dia juga menyelidiki struktur dalaman

atom melalui kajiannya tentang spektrum sinar-x.

UMUM 

Kembali ke atas