Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[spé.sis] | سڤيسيس

Definisi : (spésis) golongan benda (binatang, tumbuh-tumbuhan, dll) yg mempunyai sifat yg sama atau bersamaan bangsa, jenis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[spé.sis] | سڤيسيس

Definisi : /spésis/ ist golongan haiwan, tumbuh-tumbuhan dll yg mempunyai ciri-ciri yg sama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata spesies


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SKARAB

Skarab ialah nama sekumpulan besar kumbang.

Terdapat kira-kira 20 000 spesies skarab.

Sesetengah spesies memakan tumbuh-tumbuhan,

dan di sesetengah negara, berbahaya kepada

laman atau tanaman. Spesies-spesies lain

membiak dalam najis. Ia kadangkala menggulung

najis hingga menjadi until kecil, yang dibawa ke

lubang bawah tanah untuk dijadikan makanan

larva. Skarab bertelur beruntil-until.

UMUM 
SPESIES TERANCAM

Spesies terancam ialah benda hidup yang

terancam oleh kepupusan – iaitu kematian semua

individu sejenisnya. Beribu-ribu spesies haiwan dan

tumbuh-tumbuhan sedang terancam, dan bilangan

ini meningkat setiap tahun. Haiwan terancam

termasuk paus biru, sesetengah jenis buaya, orang

utan, badak sumbu, harimau bintang salji, harimau

dan burung jenjang kokol. Tumbuh-tumbuhan

terancam termasuk running buffalo ceaver, sipres

Santa Cruz, snakeroot, dan banyak spesies kaktus.

UMUM 
AMARYLLIS

Amaryllis ialah famili yang terdiri daripada

lebih 1200 spesies bunga. Kebanyakan spesies

tumbuh di luar di kawasan panas. Dalam iklim

sejuk, amaryllis biasanya ditanam di dalam

sebagai tanaman pasu pada musim sejuk dan

dipindahkan ke luar pada musim panas.

UMUM 
PERCAMBAHAN

Percambahan ialah pertumbuhan biji benih.

Semua biji benih memerlukan lembapan, oksigen,

dan kepanasan untuk bercambah. Keperluan ini,

terutamanya keperluan terhadap kepanasan,

berbeza-beza dari spesies ke spesies.

UMUM 
BURUNG BATUAN

Burung batuan ialah nama dua spesies burung

Amerika Selatan. Satu spesies hidup di jurang

berbatu berdekatan dengan anak sungai gunung

di Banjaran Andes dari Columbia hingga ke

Bolivia. Spesies satu lagi hidup di pergunungan

dari Columbia hingga ke Guiana Perancis dan

di utara Brazil.

UMUM 
SPESIES

Spesies lihat Pengelasan saintifik.

UMUM 
PISANG KAKI

Pisang kaki ialah nama bagi lebih daripada 200

spesies pokok kecil yang tergolong dalam famili

kayu hitam. Dua spesies ditanam untuk buahnya

yang berisi, boleh dimakan, yang juga dinamakan

pisang kaki . Spesies ini adalah kaki atau pisang kaki

Jepun dan pisang kaki biasa . Kaki berasal dari

tengah dan utara China. Ia ditanam secara komersial

di China, Jepun, kawasan Mediterranean dan selatan

Amerika Syarikat. Ia mempunyai daun yang besar,

berkilat, berwarna hijau tua dan bunganya berwarna

hijau kekuningan. Pisang kaki biasa berasal dari

tenggara Amerika Syarikat.

UMUM 
SEMUT BULL

Semut bull termasuk beberapa spesies semut

di Australia. Kebanyakannya adalah besar. Sayap

semut betina sesetengah spesies tumbuh

sepanjang dua sentimeter. Semut bull ini boleh

menyebabkan gigitan yang menyakitkan dengan

rahangnya panjang, dan menonjol. Ia juga boleh

menyengat. Semut ini tidak mudah takut dan akan

menyerang pada waktu tertentu. Hanya beberapa

ratus ekor semut tinggal dalam setiap sarang.

Ia membuat sarang di dalam tanah, biasanya di

pangkal pokok atau tunggul. Semut pekerja

memberi lundinya makan bangkai haiwan. Ahli

sains menggangap semut bull ini antara semut

yang paling primitif. Ia tidak mempunyai struktur

sosial sekompleks spesies yang lebih maju.

UMUM 
OKSALIS

Oksalis ialah nama sekumpulan besar tumbuhan

yang tumbuh terutamanya di Afrika Selatan dan

Amerika Utara. Terdapat kira-kira 850 spesies

oksalis. Banyak spesies ini tumbuh sebagai

rumpai. Bagaimanapun, sesetengah spesies

ditanam sebagai tanaman hiasan.

UMUM 
THRASHER

Thrasher ialah nama bagi sekumpulan burung

keperangan, berekor panjang yang didapati dari

selatan Kanada hingga ke Amerika Selatan.

Terdapat lebih kurang 17 spesies thrasher.

Spesies yang terkenal ialah thrasher perang di

timur Amerika Utara (lihat Thrasher ). Nama

burung ini mungkin berasal daripada tabiatnya

memukul-mukul ekornya yang panjang ke atas

dan ke bawah, terutamanya apabila ia teruja.

Kebanyakan thrasher mempunyai kepala dan

belakang berwarna perang, dan sebelah

bawahnya berwarna pucat bercarik-carik perang.

Thrasher yang terbesar membesar lebih daripada

30 sentimeter panjangnya.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas