Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[spé.si.fik] | سڤيسيفيک

Definisi : (spésifik) khas, khusus, tertentu: karangannya biasa menjadi bahan bagi para guru utk menerangkan istilah-istilah yg ~ bagi dunia keagamaan Islam; kespesifikan perihal (keadaan atau sifat) spesifik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[spé.si.fik] | سڤيسيفيک

Definisi : /spésifik/ khusus utk seseorang atau utk sesuatu kegunaan; tertentu: Kajian ini akan dilakukan dlm dua peringkat, satu secara umum dan satu lagi secara ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata spesifik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PELAKSANAAN SPESIFIKSalah satu remedi bagi perlanggaran kontrak yang bertujuan mendesak agar kewajipan sesuatu kontrak dipenuhi.UNDANG-UNDANGKonsep
BIOSENSORSejenis alat analisis yang menggabungkan alat elektronik dan keupayaan pengenalan spesifik bahan aktif biologi.KEJURUTERAANKonsep
PROTOPLASMA

Protoplasma ialah istilah yang bermakna bahan

hidup dalam sel. Istilah ini tidak banyak digunakan

oleh ahli biologi moden kerana sifatnya yang tidak

spesifik. Johannes Purkinje, ahli fisiologi

Czechoslovakia, pertama kali menggunakannya

pada tahun 1839. Pada masa itu, ahli sains tahu

bahawa semua benda hidup terdiri daripada sel

yang kelihatan mengandungi bahan bak jeli.

Purkinje menamakan bahan ini protoplasma

daripada perkataan Yunani yang bermakna mula-

mula terbentuk atau teracu – untuk menunjukkan

bahawa bahan ini adalah bahan paling asas pada

hidupan.

UMUM 
TRANSLASIProses biosintesis protein yang menjadi sebahagian daripada teras dogma pusat sesuatu sel. RNA mensintesis protein melalui proses translasi, manakala DNA mensintesis RNA melalui proses transkripsi. Proses ini penting dalam semua sel hidup bagi menjamin perkembangan tumbesaran dan kemandirian sesuatu organisma. Translasi merupakan suatu proses di mana maklumat genetik pada RNA pengutus (mRNA) digunakan sebagai sumber arahan mensintesis rantai polipeptida protein. Proses ini berlaku pada organel ribosom di retikulum endoplasma dalam sitoplasma. Sel harus mempunyai alat yang diperlukan untuk menterjemah maklumat urutan nukleotida mRNA ke jujukan asid amino protein spesifik, iaitu molekul penyesuai RNA pemindah (tRNA), enzim pengaktif, dan faktor protein larut...Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
PERKAMUSAN MELAYU

PERKAMUSAN MELAYU, wahana untuk mendokumentasikan kosa kata sesuatu bahasa selengkapnya atau sebahagiannya.  Kamus diisusun untuk tujuan ilmiah dan praktis.  Dalam kamus ilmiah didaftarkan sebanyak mungkin kata sebuah bahasa, dengan perincian maknanya, ada kalanya dilengkapi dengan kata majmuk, peribahasa dan contoh pemakaiannya.  Kamus praktis disesuaikan dengan pemakai sasaran murid sekolah, golongan pemakai spesifik, misalnya kamus istilah pelbagai bidang, kamus untuk pelancong, pedagang dan lain-lainya.

BAHASAKonsep

Kembali ke atas