Novalis (1772–1801) ialah nama pena Friedrich von Hardenberg, penyair romantik Jerman. Lima buah puisi oleh Novalis, yang berjudul Hymns to the Night (1800), menerangkan kealiman, sifat mistik, dan harapannya untuk menemui ajal. Dalam esei Christianity or Europe (1799), Novalis cuba menunjukkan bahawa manusia menjalani kehidupan yang lebih bermakna dalam kesatuan spiritual Zaman Pertengahan Katolik daripada zamannya. Ini menjadi tema romantisisme Jerman. Dia meninggal dunia sebelum menghabiskan novelnya, Heinrich von Ofterdingen. |