Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[spi.ri.tua.lis.me] | سڤيريتواليسمى

Definisi : kepercayaan bahawa roh orang yg mati boleh berkomunikasi dgn orang yg hidup (terutamanya melalui perantaraan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata spiritualisme


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SPIRITUALISME

Spiritualisme ialah kepercayaan bahawa roh

orang yang telah mati boleh berhubung dengan

orang yang masih hidup. Kepercayaan ini wujud

dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia.

Pergerakan spiritualis moden bermula di Amerika

Syarikat pada tahun 1848. Pada tahun tersebut, dua

orang wanita adik-beradik bernama Katherine dan

Margaret Fox, dari Hydesville, dekat Rochester,

New York, mendengar bunyi ketukan dalam rumah

mereka. Mereka tidak dapat mengesan punca yang

boleh menyebabkan bunyi ketukan itu. Kedua-dua

wanita adik-beradik itu berikhtiar membuat satu

kod untuk mentafsirkan bunyi ketukan itu supaya

mereka dapat berhubung dengan roh yang

dipercayai cuba menghantar isyarat kepada

mereka. Peristiwa yang berlaku di Hydesville itu

membawa kepada penubuhan beberapa

pertubuhan bebas di bawah anjuran gereja dan

juga kumpulan falsafah yang lain yang bertujuan

untuk mengemukakan idea tentang spiritualisme.

UMUM 
OKULTISME

Okultisme ialah istilah yang merujuk kepada

pelbagai kepercayaan dan amalan yang melibatkan

ilmu ghaib atau kuasa di luar dunia tabii. Okultisme

meliputi ilmu nujum, tilik nasib, ilmu sihir, dan

spiritualisme, iaitu kepercayaan bahawa roh orang

mati berkomunikasi dengan orang yang hidup.

Orang yang mempercayai okultisme menganggap

bahawa ia berasaskan ilmu halus yang tidak

dimiliki oleh orang biasa.

UMUM 

Kembali ke atas