PUZI HADI | PUZI HADI (1951 - ), penyair. Dia lahir pada 9 Mei 1951 di Kulim, Kedah. Puzi berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bekerja sebagai pembantu hospital di Hospital Alor Setar, Kedah. Nama Puzi Hadi terkenal sebagai penyair dan pendeklamasi sama ada di tanah air mahupun serantau. | SASTERA | Tokoh |
MOECHTAR AWANG | MOECTHAR AWANG (1956- ), penyair. Dia lahir pada 19 Februari 1956 di Kota Bharu, Kelantan. Dia menerima pendidikan di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu hingga lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kemudian dia memasuki Maktab Adabi dan lulus Sijil Tinggi Persekolahan (STP). Dia mendapat Sijil Penulisan Kreatif dari Universiti Sains Malaysia dan kemudian menyambung pelajarannya di Universiti Malaya dalam jurusan Penulisan Kreatif dan Deskriptif hingga berjaya mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1986. | SASTERA | Tokoh |
WAHBA | WAHBA (1948 - ), penulis dan wartawan. Dia lahir pada 22 Mei 1948 di Kuala Terengganu. Nama sebenarnya ialah Wan Hamzah bin Awang. Dia mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (1960-1965) hingga lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). | SASTERA | Tokoh |
ZAIHASRA | ZAIHASRA (1951-1989), penulis dan penyair. Dia lahir pada 28 Februari 1951 di Kampung Sungai Buluh, Alor Gajah, Melaka. Nama sebenarnya ialah Zaiton binti Abdullah. Dia mendapat pendidikan di Melaka hingga memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dia pernah bertugas sebagai Penerbit Rancangan Sastera di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) sebelum berhenti pada tahun 1980 untuk mengusahakan perniagaan sendiri iaitu Syarikat Jitu Sdn. Bhd. | SASTERA | Tokoh |
SEORANG TUA DI KAKI GUNUNG | SEORANG TUA DI KAKI GUNUNG, novel karya Azizi Haji Abdullah. Novel ini telah diterbitkan pada tahun 1982 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel yang memenangi hadiah Kedua hadiah Novel GAPENA-Yayasan Sabah II pada tahun 1981 ini, pernah dijadikan teks mata pelajaran kesusasteraan Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). | SASTERA | Karya |
SENJAKALA | SENJAKALA, novel karya Baharuddin Kahar. Novel ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1986 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Novel ini telah diulang cetak beberapa kali, terutama apabila dijadikan teks wajib mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada akhir dekad 1980-an. | SASTERA | Karya |
MOHD. ISMAIL SARBINI | MOHD. ISMAIL SARBINI (1950- ), penulis. Dia lahir pada 5 Mei 1950 di Kampung BUkit Kapar, Kelang, Selangor. Dia sering menggunakan nama samaran Isma M.S., Hali Isma dan Budi Isma. Dia menerima pendidikan awal di Kapar sebelum melanjutkan pelajaran menengah di Kelang hingga lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun 1977, dia mengikuti Kursus Persediaan di Institut Teknologi MARA. Sesudah itu dia melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh, Perak. Setamatnya daripada latihan di maktab perguruan, dia mengajar di sebuah sekolah menengah di Perlis. Beberapa tahun kemudian dia mengajar di Kelang. Dia mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) secara persendirian dan berjaya menyambung pelajaran di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang Pengajian Bahasa Melayu. | SASTERA | Tokoh |
PANGLIMA AWANG | PANGLIMA AWANG, novel karya Harun Aminurrashid. Novel ini dicetak oleh Pustaka Melayu, Singapura pada tahun 1958. Hingga tahun 1972, novel ini telah diulang cetak sebanyak 12 kali oleh penerbit yang sama. Panglima Awang pernah dijadikan teks wajib mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun-tahun 1960-an selama beberapa tahun. | SASTERA | Penerbitan |
OBASIAH HAJI USMAN | OBASIAH HAJI USMAN (1959 - ), penulis. Dia lahir pada 30 Disember 1959 di Kudat, Sabah. Obasiah juga dikenal dengan nama Arnida H.O. Dia mendapat pendidik awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Dusun Lambak sebelum meneruskan pelajaran menengahnya di Sekolah Menengah St. Cecilia, Sandakan hingga tamat Tingkatan Lima dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). | SASTERA | Tokoh |
T. ALIAS TAIB | T. ALIAS TAIB (1943- ), penyair. Dia lahir pada 20 Februari 1943 di Kampung padang Engku Sar, Batas Baru, Kuala Terengganu, Terengganu. Nama sebenarnya ialah Tengku Alias bin Talib. Dia juga pernah menggunakan nama Ali A.S. dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Gong Kapal dan lulus Darjah Tiga (1952). Kemudian, dia melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman (Inggeris), Kuala Terengganu dan lulus peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) pada tahun 1958. Pada tahun 1968, dia lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). | SASTERA | Tokoh |