Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[spon.tan] | سڤونتن

Definisi : tidak dgn paksaan, dgn desakan atau gerak hati sendiri sahaja, berlaku atau tercetus dgn sendiri (tidak dgn dipaksa-paksa atau setelah dirancang-rancang): kita ingin melihat penyair-penyair secara ~ menyuarakan sesuatu yg berfaedah utk insan sejagat; penerimaan dan pengertian masyarakat terhadap sesuatu yg baru tidak selalunya ~; kespontanan keadaan spontan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[spon.tan] | سڤونتن

Definisi : berlaku (bergerak, terjadi dll) serta-merta menurut gerak hati sendiri dan tidak dgn paksaan atau dgn desakan orang lain: Orang ramai secara ~ telah memberikan bantuan kpd mangsa-mangsa banjir itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
spontan (adverba)
Bersinonim dengan serta-merta, segera.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GENERASI SPONTAN UMUM 
PEMBAKARAN SPONTAN UMUM 
KEGUGURAN

Keguguran juga dikenali sebagai keguguran

spontan, ialah penamatan kehamilan sama ada

secara tidak sengaja atau semula jadi, sebelum

sesuatu janin (bayi yang sedang membesar) boleh

hidup di luar badan ibunya.

UMUM 
TETANI

Tetani ialah suatu keadaan yang dikaitkan

dengan sifat terlampau teruja dan aktiviti spontan

sistem saraf. Keadaan ini dicirikan oleh

kekejangan otot secara berkala dan sedikit

perasaan gelabah dan gentar. Bahagian badan

yang terjejas mungkin akan berasa kebas dan

berdenyut-denyut. Biasanya tangan yang terjejas

dahulu, tetapi selepas itu kekejangan otot

barangkali merebak ke muka, badan dan

kerongkong. Kekejangan otot ini hanya terasa

sakit apabila sudah teruk. Tetani berpunca

daripada kekurangan bahan garam kalsium atau

ketakseimbangan bahan kimia di dalam badan.

UMUM 
MONET, CLAUDE

Monet, Claude (1840–1926), pelukis Perancis

dan pemimpin terkemuka dalam gerakan

impresionis. Dia mempengaruhi seni lukis dengan

melukiskan tindak balas spontan peribadinya

kepada lukisan pemandangan luar atau peristiwa.

Pelukis awal cuba menggambarkan kajian di luar

secara pantas seperti trengkas. Kajian itu

digunakan sebagai “nota” untuk lukisan gambar

yang lebih hebat di studio. Monet ialah pelukis

yang pertama dan paling penting menggunakan

kesan impresi pemandangan di luar untuk

menjadikan hasil kerja yang sempurna. Dia amat

tertarik dengan kesan cahaya luaran dan keadaan

sekeliling. Kepekaannya tentang perkara tersebut

dapat dilihat dalam Rouen Cathedral (1895), yang

diterbitkan semula dalam rencana Seni lukis, dan

dalam La Grenouillere (1869).

UMUM 
KERADIAKTIFAN

Keradioaktifan, satu tindak balas nuklear kerana ia melibatkan pereputan spontan bahagian nukleus sesuatu atom melalui pembebasan sinaran radioaktif alfa, beta dan gamma.

KIMIAProses/Tindak Balas
DULMULUK

Dulmuluk, seni teater tradisional yang menggabungkan lakonan, tarian, lagu, syair dan lawak jenaka secara spontan. Teater ini dikatakan berasal daripada Syair Hikayat Abdul Muluk yang dikarang oleh Raja Ali Haji.

KESENIANDrama/Filem/Teater/Persembahan
KELOID

Keloid ialah tisu parut yang wujud di tempat luka

yang sedang sembuh. Ia terdapat dalam pelbagai

bentuk dan saiz. Ia biasanya timbul di atas

permukaan kulit dan melepasi kecederaan asal

pada kulit. Keloid terhasil daripada pengeluaran

berlebihan tisu penghubung berserabut pada

dermis (lapisan dalam kulit). Ia sering timbul

selepas kulit cedera akibat laserasi atau

pembedahan, tetapi ia boleh juga timbul dengan

spontan. Keloid boleh dibuang melalui

pembedahan, tetapi ia kerap muncul semula

beberapa minggu atau bulan kemudian.

UMUM 
NYANYUK

Nyanyuk ialah istilah umum yang digunakan untuk

menerangkan masalah mental tertentu yang memberi

kesan terutama kepada golongan yang berumur.

Istilah nyanyuk sebenarnya merujuk kepada

sebilangan besar keadaan dengan sejumlah

penyebab yang besar. Kebanyakan pakar yang terlibat

dengan masalah golongan berumur ini, mengelakkan

daripada menggunakan istilah ini. Tiada satu keadaan

yang dikaitkan dengan penggunaan istilah ini tidak

dapat dielakkan dalam peningkatan usia, dan ramai

yang boleh dibantu dengan rawatan perubatan

secara spontan.

UMUM 
TARIAN TRADISIONAL

TARIAN TRADISIONAL, gerakan badan serta tangan dan kaki mengikut rentak muzik. Tarian tradisional mula berkembang semenjak zaman kerajaan Sriwijaya. Kesan sejarah perkembangannya terdapat di beberapa kawasan seperti kerajaan Melayu di Patani, Kelantan dan Kedah. Kemunculan beberapa tarian rakyat dan tarian istana terus berkembang semasa kegemilangan kerajaan Melayu Melaka ataupun semasa zaman kemerosotannya. Jika tarian rakyat memperlihatkan ciri-ciri bermain secara spontan, lincah dengan aksi dan gerak bebas, tarian istana pula memperlihatkan susunan gerak perlahan dan lembut dengan iringan irama yang tenang. Tarian berunsur Arab Parsi seperti zapin, hadrah dan gambus turut tersebar sebagai tarian rakyat yang popular.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas