PANDAN | PANDAN (pandanus spp.), sejenis tumbuhan yang daunnya berbau wangi dan berduri. Pandan yang dikenali oleh masyarakat tempatan ialah pandan wangi, yang digunakan dalam masakan. Pandan wangi adalah sejenis tumbuhan yang ditanam. Daunnya berwarna hijau pekat. | BUDAYA | Flora dan Fauna |
ARA | Ara, tumbuhan yang terdiri daripada pokok renek, epifit, pepanjat dan tumbuhan menjalar yang pada asalnya pokok penumpang. Nama saintifiknya ialah Ficus spp. daripada famili Moraceae. | PERTANIAN | Flora dan Fauna |
MAHANG | Mahang ialah sejenis pokok kecil, lampai dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Nama saintifiknya ialah Macaranga spp. daripada famili Eyphorbiaceae. | PERTANIAN | Flora dan Fauna |
SIRIH | SIRIH, (Piper spp.) sejenis pokok renek memanjat dan banyak terdapat di kawasan tropika Asia. Sirih ditanam dengan menggunakan kayu sokongan bagi membolehkannya memanjat. Kayu sokongan ini biasanya dibalut dengan sabut. Orang Melayu gemar mengunyah sirih berserta pinang, gambir dan kapur. | BUDAYA | Flora dan Fauna |