| AQUARIUS | Aquarius ialah buruj (kumpulan bintang) kesebelas dalam zodiak. Ia terletak di antara Square of Pegasus ke utara dan bintang Fomalhaut ke selatan. Aquarius dilambangkan oleh seorang lelaki yang membawa sebuah kendi air. Bintang yang paling terang dalam buruj ini ialah Sadalsuud , Sadalmelik , dan Scheat . | UMUM | |
| SEIDLER, HARRY | Seidler, Harry (1923– ) ialah arkitek Australia yang mereka bentuk sebahagian daripada bangunan tinggi yang paling terkenal di Sydney. Antara bangunan ini ialah Australia Square, MLC Centre, dan Grosvenor Place manakala bangunan di seberang laut yang direka bentuknya termasuk Kedutaan Australia di Paris dan Hong Kong Club and Tower. | UMUM | |
| ALBERS, JOSEF | Albers, Josef (1888–1976) ialah pelukis dan guru Jerman. Albers menumpukan perhatian tentang cara warna dibuat untuk menunjukkan hubungannya dengan gambar. Untuk beberapa tahun, dia memberi tumpuan pada satu bentuk sahaja, iaitu segi empat sama. Dia menamakan lukisan segi empat samanya, Homage to the Square . | UMUM | |