Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata st 4


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAINT PETERSBURG

Saint Petersburg (pend. 4 468 000; pend. kaw.

met. 5 020 000), dahulunya Leningrad, ialah bandar

raya kedua terbesar di Rusia. Hanya Moscow, ibu

negara Rusia, yang mempunyai lebih ramai

penduduk. St. Petersburg merupakan pelabuhan

utama Rusia dan salah sebuah pusat kebudayaan

dan industri dunia yang penting. Bandar raya ini

terletak di barat laut Rusia. Untuk lokasi, lihat Rusia

(peta politik).

UMUM 
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG, sebuah badan berkanun di bawah pengawasan Kementerian Pertanian. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah ditubuhkan pada 14 Februari 1973 sebagai badan berkanun persekutuan menerusi akta st="on">yang diluluskan iaitu st="on">yang dikenal sebagai Akta Pertubuhan Peladang 1973. Di bawah Seksyen 4 Akta ini, dijelaskan tujuan penubuhan LPP iaitu:

BUDAYAInstitusi/Organisasi
PARTI NASIONAL INDONESIA

PARTI NASIONAL INDONESIA, parti politik beraliran nasionalis radikal di st="on">st="on">Indonesia. Nama asal pertubuhan ini ialah Perserikatan Nasional Indonesia.  Parti ini ditubuhkan pada 4 JuIai 1927 oleh Sukarno dan rakan-akannya, Iskak Tjokrohadisurjo, Tjipto Mangunkusumo, Budhiarto, Soenarjo, Anwari, Sartono dan Samsi.  Mereka bergerak dalam Algemene Studieclub di Bandung.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKegiatan
PANGERAN BENDAHARA

PANGERAN BENDAHARA, salah satu jawatan wazir dalam hierarki pemerintahan Kesultanan st="on">st="on">Brunei.  Sejak zaman pemerintahan Sultan Hassan (m.m. 1605-1619), dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei terdapat empat orang wazir, iaitu Duli Pangeran Bendahara, Duli Pangeran Digadong, Duli Pangeran Temenggung dan Duli Pangeran Pemanca.  Di bawah wazir, terdapat 60 ceteria (sateria), iaitu empat kepala ceteria, lapan ceteria besar, 16 ceteria pengelasan, dan 32 ceteria damit (kecil).  Di bawah ceteria, terdapat jawatan kesetiawanan daripada kalangan rakyat biasa.  Jawatan tertinggi ialah Pehin Datu Perdana Menteri (1), Ketua Menteri (2), Kepala Menteri (4), Menteri Pengelasan Besar (8), Menteri Pengelasan Biasa (16) dan Menteri Pengelasan Damit-kecil (32).  Beberapa jawatan Menteri Dagang juga diwujud dan dikurniakan kepada orang asing, misalnya Datu Saudagar, ketua orang India dan Kapitan Cina, gelaran kepada ketua orang Cina.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
PALANG

PALANG, penggunaan susuk zakar di kalangan masyarakat Dayak di Kepulauan st="on">Borneo.  Palang melibatkan pembedahan pada zakar untuk memasang suatu alat yang kononnya meningkatkan rangsangan seksual di kalangan kaum wanita.  Alat yang dipasang diperbuat daripada taring, buluh, kayu, logam atau tulang binatang.  Zakar ditebuk seperti menebuk telinga, supaya sebatang pin atau susuk boleh dimasukkan ke dalam lubang yang telah ditebuk. Bahan-bahan lain termasuklah batu permata, kaca, biji, bulu pelepah dan bulu babi.  Diameter bagi susuk ini biasanya antara 2 mm hingga 4 mm dan lebih kurang 21 mm hingga lebih 5 cm panjang.

BUDAYAUbat-Ubatan

Kembali ke atas