Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[staf] | ستف

Definisi : 1. kumpulan pekerja yg bekerja bersama-sama (di bawah ketua dll yg sama), kakitangan; 2. kumpulan pegawai kanan tentera yg memimpin (mengatur dll) tentera: S~ Angkatan Darat; ~ sarjan pegawai tentera yg pangkatnya setingkat di atas sarjan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[staf] | ستف

Definisi : 1 kumpulan orang yg bekerja di tempat yg sama (di bawah ketua yg sama); kakitangan. 2 pegawai kanan yg memimpin atau yg mengatur tentera: ~ Angkatan Darat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
staf
Rujuk :kerja, pekerja,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANNAN, KOFI

Annan, Kofi (1938-    ), diplomat Ghana, Setiausaha Agung PBB (1997-   ). Beliau ialah Setiausaha Agung yang pertama dilantik dalam kalangan staf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SORI SIREGAR

SORI SIREGAR (1939-     ), penulis Indonesia.  Dia lahir pada 12 November 1939, di Medan, Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Seri Sutan Sirovi Siregar.  Dia mendapat pendidikan Sekolah Menengah Atas (SMA) pada tahun 1959 dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Pendidikan Pegawai Staf Departemen Penerangan Tingkat Atas di Medan.

            Sori pernah bertugas sebagai editor Waspada Teruna  dan Duta Minggu di Medan, dan majalah Zaman dan Eksekutif di Jakarta.  Sori menulis cerpen sejak tahun 1960.  Kebanyakan cerpennya tersiar dalam akhbar dan majalah seperti Sastera, Horison, Budaya Jaya, Selecta, Kartini, Femina, Famili, Dewi, Sinar Harapan dan Kompas.  Sori juga menyumbang tulisan kepada Dewan Sastera dan Dewan Masyarakat di Malaysia.

SASTERATokoh

Kembali ke atas