SAFRON | Safron ialah pewarna kuning terang dan perisa makanan. Ia dihasilkan dengan mengeringkan stigma dan sebahagian daripada stail krokus ungu musim luruh yang dikenali secara saintifik sebagai Crocus Satirus (lihat Krokus ). (Stigma dan stail adalah bahagian bunga yang mengandungi biji). Lebih kurang 4000 bunga menghasilkan kira-kira 28 gram safron komersial. Safron mempunyai bau yang harum, tetapi rasa yang pahit. Ia digunakan dalam masakan dan untuk memperisa dan mewarnakan gula-gula. Penduduk di Eropah dan India menggunakannya untuk memperasa pelbagai makanan. | UMUM | |
SICKERT, WALTER RICHARD | Sickert, Walter Richard (1860–1942), pelukis Jerman yang mempunyai kemahiran teknikal dan stail yang penuh imaginasi sehingga mempengaruhi lukisan di United Kingdom. Dia ialah ketua New English Art Club, tetapi kemudian berpecah untuk membentuk Camden Town Group. Sickert lahir di Munich dan belajar di Slade School London, di bawah bimbingan James Whistler. Dia dipilih memasuki Royal Academy pada tahun 1934. Lihat juga Whistler, James Abbott McNeill. | UMUM | |
MOZART, WOLFGANG AMADEUS | Mozart, Wolfgang Amadeus (1756–1791) ialah penggubah muzik Austria, dianggap antara genius muzik yang terulung dan paling kreatif sepanjang zaman. Bersama-sama Joseph Haydn, Mozart merupakan penggubah stail klasik yang terkemuka pada akhir tahun 1700-an. Mozart meninggal dunia sebelum hari jadinya yang ke-36, tetapi dia meninggalkan lebih daripada 600 gubahan. | UMUM | |
KNIGHT, DAME LAURA | Knight, Dame Laura (1877–1970) ialah pelukis Inggeris yang terkenal kerana lukisannya tentang balet, sarkas, dan kehidupan orang gipsi. Stail lukisannya yang hidup dan asli serta penggunaan warna, yang terang memberi kekuatan kepada lukisan-lukisannya. | UMUM | |
O'KEEFFE, GEORGIA | O’Keeffe, Georgia (1887–1986) ialah pelukis wanita Amerika yang mendapat kebanyakan ilhamnya daripada alam semula jadi. Lukisan bunganya yang dihasilkannya sepanjang kerjayanya merupakan karyanya yang terkenal. Dia juga terkenal kerana lukisan tengkorak haiwan dan landskap gurun. Dia melukis dengan stail yang begitu tersendiri, menggunakan warna yang terang dan garang. Bentuk-bentuk yang dilukisnya begitu halus dan mudah, lazimnya dalam reka bentuk yang sangat abstrak. | UMUM | |
SENI BINA PASCA MODEN | Gerakan senibina Pasca Moden yang telah dikenal pasti bermula pada akhir tahun 1900-an. Pada mulanya ia hanyalah teori akademik dari perkembangan pemikiran intelektual dan tidak ada stail yang dominan. | KEJURUTERAAN | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |