Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sta.lag.mit] | ستالݢميت

Definisi : (Geo) batu kapur yg bercerancang dlm gua (terjadi drpd titisan air yg mengandungi sebatian kalsium). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sta.lag.mit] | ستالݢميت

Definisi : ist batu kapur yg berceran­cang dr bahagian bawah di dlm gua (terjadi drpd titisan air yg di dlmnya terdapat sebatian kalsium). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata stalagmit


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STALAGMIT

Stalagmit ialah pembentukan batu yang timbul

dari lantai gua, khususnya di dalam gua batu kapur.

Kebanyakan stalagmit terbentuk apabila air yang

menitis ke lantai dari dinding dan bumbung

sesebuah gua, membawa bersamanya kalsit terlarut,

iaitu satu bentuk kalsium karbonat. Apabila air

memasuki persekitaran gua itu, air tersebut

kehilangan karbon dioksida dan meninggalkan

kalsit. Kalsit bertimbun menjadi bentuk batu yang

berwarna-warni, yang kelihatan seperti jurai air batu

yang terbalik.

UMUM 
TAMAN NEGARA CARLSBAD CAVERNS

Taman Negara Carlsbad Caverns, di

tenggara New Mexico, Amerika Syarikat terkenal

kerana terdapat banyak gegua atau gua. Gegua

yang paling besar ialah gua carlsbad Caverns.

Gegua ini merupakan salah sebuah gegua bawah

tanah yang terbesar di dunia. Dalam ruang gegua

ini, stalaktit dan stalagmit terbentuk menyerupai

kuil Cina, tiang besar, dan isikel seperti renda (lihat

Stalagmit; Stalaktit ). Satu ruang besar yang

dikenali sebagai Big Room, panjangnya 500 meter

dan lebarnya 335 meter. Di satu tempat, tinggi

silingnya 78 meter. Haiwan seperti musang,

gopher , jack rabbit , mule deer , dan ular orok-orok

terdapat di taman ini. Taman Negara ini dibina

pada tahun 1930. Untuk mengetahui keluasannya,

lihat Taman negara.

UMUM 

Kembali ke atas