Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sta.mén] | ستامين

Definisi : (stamén) (Bio) bunga jantan yg menghasilkan debunga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sta.mén] | ستامين

Definisi : /stamén/ bahagian bunga yg mengeluarkan debunga; bahagian bu­nga jantan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata stamen


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POINCIANA

Poinciana juga dikenali sebagai pokok

bersemarak adalah satu daripada pokok bunga di

kawasan tropika yang tercantik. Ia berasal dari

Madagascar, tetapi telah ditanam dengan meluas

dalam iklim panas kerana gugusan besar bunganya

berwarna terang. Setiap bunga lebarnya dari lapan

hingga 10 sentimeter dan mempunyai lima kelopak

merah yang terbuka luas. Satu daripada kelopaknya

bercarik-carik dan berbintik-bintik kuning. Terdapat

10 stamen yang panjang yang tumbuh ke atas

daripada bunga. Bunganya yang kembang

mengeluarkan lenggai biji berwarna perang

keunguan, yang sekurang-kurangnya 60 sentimeter

panjang. Lenggai ini mengandungi biji yang keras

dan berbentuk lonjong. Di sesetengah negara,

lenggainya digunakan sebagai bahan bakar.

UMUM 
KROKUS

Krokus ialah tumbuhan berbunga bak herba yang

tumbuh di selatan Eropah dan Asia dan ditanam

di banyak kawasan di dunia. Ia tumbuh daripada

batang tebal bak bebawang yang disebut umbisi.

Daunnya seperti daun rumput yang besar. Bunga

krokus tumbuh pada aras tanah. Setiap kuntum

terdiri daripada enam segmen, dan mempunyai

tiga stamen dan satu pistil. Sesetengah krokus

berbunga awal musim bunga, dan ada pula yang

mekar pada musim gugur.

UMUM 
BORONIA

Boronia ialah nama yang diberikan kepada kira-kira

90 spesies famili sitrus yang tumbuh hanya

di Australia. Boronia biasa terdapat di kawasan

rawa. Kebanyakannya tumbuh di Australia Barat.

Kebanyakan boronia adalah pokok renek yang

mempunyai bunga kembang, berwarna samar,

berbau harum, dan mempunyai empat kelopak dan

lapan stamen.

UMUM 

Kembali ke atas