| MAKTAB MELAYU MELAKA | stops: .25in" class=MsoNormal>MAKTAB MELAYU MELAKA, maktab perguruan. Maktab ini ditubuhkan di Melaka pada 1 Mac 1900 dengan Mr. S.E. Codrington sebagai pengetuanya yang pertama. Penubuhan maktab ini diusahakan oleh R.J. Wilkinson, Pemangku Nazir Sekolah-sekolah Negeri-Negeri Selat (1898–1909). stops: .25in" class=MsoNormal> stops: .25in" class=MsoNormal> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| MANDI SAFAR | stops: .25in">MANDI SAFAR, temasya mandi-manda yang diadakan pada hari Rabu yang terakhir dalam bulan Safar dengan tujuan menolak bala. Pada pagi hari tersebut, orang ramai mandi di pantai atau sekurang-kurangnya minum air yang telah direndam ‘kertas safar’ atau ‘papan kecil’ yang bertulis dengan kalimat suci. Air ini dikenal sebagai ‘air safar’. stops: .25in"> Di Semenanjung Malaysia, pantai Tanjung Keling di Melaka adalah tempat utama dan masyhur untuk temasya mandi safar. Di Sabah dan Sarawak, temasya ini juga diadakan. | BUDAYA | Kepercayaan |
| KERABU | stops: 3.2in">KERABU, makanan yang diperbuat daripada hirisan sayur-sayuran atau buah-buahan yang dicampur dengan kerisik, bawang, udang, cili, asam dan garam. | BUDAYA | Makanan |
| AYN | stops: 243.0pt" class=MsoNormal>‘AYN, kumpulan puisi keempat Kemala, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1983. Kumpulan ini memasukkan pengantar Profesor Dato’ Haji Shahnon Ahmad (vii-xx) tentang permasalahan dunia puisi dalam Islam. | SASTERA | Penerbitan |
| BANGSAWAN | stops: .75in">BANGSAWAN, satu bentuk seni pentas dan teater gaya opera Malaysia dan Indonesia. Bangsawan menggunakan dialog dan pada sikuan-sikuan tertentu diolah secara lagu atau puisi, dengan gaya berlakon yang menonjolkan gerak-geri. Kesan keseluruhan teater ini berunsurkan melodrama. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
| BINGKOR | stops: 1.0in 99.0pt">BINGKOR, pusat pentadbiran peribumi dan merupakan lembaga tempatan pertama yang diperkenalkan oleh Pemerintah Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Borneo Utara (Sabah) pada tahun 1936. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
| BINGKA | stops: 1.0in 99.0pt">BINGKA, sejenis kuih yang dibakar. Bingka atau bengkang biasanya diperbuat daripada campuran tepung, santan, gula pasir dan bahan lain seperti pisang, jagung dan labu. Ada juga bingka yang diperbuat daripada roti, ubi kayu dan kentang yang tidak menggunakan tepung. Ada pembuat bingka yang menggantikan santan dengan susu, gula pasir dengan gula merah atau gula melaka. | BUDAYA | Makanan |
| BINGKISAN MELAYU | stops: 1.0in 99.0pt">BINGKISAN MELAYU, buku yang mengandungi contoh-contoh surat kiriman dan jawapan dalam bahasa Melayu yang diterbitkan pada tahun 1952. Buku bertulisan Rumi ini asalnya diberi judul “Persuratan Melayu’’ dikarang oleh Mansor bin Sanusi. Penukaran judul buku ini dibuat kerana penulis merasakan bahawa judul asalnya tidak sesuai dengan isi kandungannya, tanpa membuat sebarang pindaan. Bingkisan Melayu diterbitkan oleh Sinaran Bros, Bayan Lepas, Pulau Pinang dan dicetak oleh Syarikat Percetakan Qalam, Jalan Geylang, Singapura. Kata pengantar buku ini ditulis oleh S.M. Zainal Abidin B.A dan diulang cetak sebanyak tujuh kali. | BAHASA | Kitab |
| MANANG | stops: .25in" class=MsoNormal>MANANG, individu dalam masyarakat Iban, yang berkebolehan menyembuh atau mengubat penyakit. Manang boleh mengubati penyakit sebagaimana bomoh atau pawang. Dalam masyarakat Iban, manang dianggap sebagai khunsa dan berupaya menerima kuasa luar biasa. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
| DIALEK MELAYU TERENGGANU | stops: 0in 45.0pt 2.5in">DIALEK MELAYU TERENGGANU, dialek yang dituturkan di seluruh negeri Terengganu dan sepanjang kawasan pantai Pahang hinggalah ke Mersing, Johor kecuali di bahagian sempadan Terengganu dengan Kelantan. Menurut pengamatan sesetengah pengkaji, pengaruh dialek Terengganu tersebar hingga ke Hulu Tembeling, Pahang. | BAHASA | Bahasa |