| PUA | PUA, kain tenunan yang dihasilkan oleh suku kaum Iban di Sarawak. Pua ditenun dengan menggunakan kek sandang belakang yang disebut sebagai body tension loom atau back strap loo. Di kalangan kaum Iban, alat tenunan ini disebut sebagai tumpuh. Tumpuh ialah sejenis alat tenunan ringkas dan ringan. Penenunnya duduk di atas lantai dengan merenggangkan benang loseng pada penyandang atau strap di bahagian punggungnya. | BUDAYA | Konsep |
| TEROMPAH | TEROMPAH, alas kaki bertapak kayu atau kasut kayu dengan permukaannya diperbuat daripada kepingan getah (strap) yang dipaku di kedua-dua sipi tapaknya. Terompah kayu biasanya berwarna merah dan permukaannya juga daripada plastik berwarna merah atau berwarna-warni. Ada juga terompah kayu berwarna asli dan permukaannya diperbuat daripada getah tiub berwarna hitam. | BUDAYA | Alat/Alatan |