Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[stro.bé.ri] | ستروبيري

Definisi : (strawbéri) 1. sj tumbuhan (pokok renek), Fragaria spp.; 2. buah drpd pokok strawberi yg berwarna merah dan mempunyai biji-biji kecil berwarna kuning di bahagian luarnya (dimakan mentah atau dibuat jem). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[stro.bé.ri] | ستروبيري

Definisi : /strawbéri/ nama sj tumbuh-tumbuhan atau buahnya (buahnya merah dan berair, boleh dimakan mentah, dibuat jem dsb), Fragaria spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata strawberi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STRAWBERI

Strawberi ialah tumbuhan kecil dalam famili ros

yang ditanam untuk buahnya yang sedap

berbentuk hati. Strawberi tumbuh dekat dengan

permukaan tanah dan mengeluarkan bunga kecil,

putih yang berbau wangi. Buahnya putih kehijauan

pada mulanya dan menjadi merah terang apabila

masak. Ia adalah sumber vitamin C yang baik dan

sering dimakan segar dengan krim. Strawberi juga

ditinkan atau disejukbekukan atau digunakan untuk

membuat jem, jeli, dan wain.

UMUM 
ARBUTUS

Arbutus ialah nama yang diberikan kepada

beberapa pokok malar hijau daripada famili heath .

Kebanyakannya adalah pokok renek atau pokok. Di

timur dan tengah Kanada, serta di Amerika Syarikat,

arbutus yang paling terkenal ialah arbutus menjalar ,

pokok menjalar berbunga putih atau merah jambu

yang wangi. Di New England, ia dinamakan

mayflower . Pilgrim Fathers dikatakan telah

memberikan nama ini. Pokok strawberi berasal dari

barat daya Eropah, tetapi telah diperkenalkan

sebagai pokok hiasan di banyak kawasan. Ia tumbuh

dari tiga hingga sembilan meter, berbunga putih

atau merah jambu dan buahnya berbentuk

strawberi dan sebesar strawberi.

Pengelasan saintifik: Arbutus menjalar tergolong

dalam famili heath , Ericaceae . Ia dikelaskan sebagai

Epigaea repeus . Pokok strawberi ialah Arbutus unedo .

Lihat juga Bunga (gambar; Bunga-bungaan di

hutan jarang dan hutan).

UMUM 

Kembali ke atas