Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[strés] | ستريس

Definisi : (strés) keadaan resah, cemas, tegang dsb akibat tekanan mental atau fizikal: banyakkan sembahyang sunat dan zikir terutamanya pd waktu malam jika anda mengalami ~ dlm rumah tangga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[strés] | ستريس

Definisi : /strés/ keadaan resah, cemas, tegang dsb akibat tekanan mental atau fizikal: Seseorang mungkin akan bergantung pd ubat tidur selagi ia risau dan ~ apabila masalahnya tidak dpt diselesaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata stres


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STRES

Stres ialah keadaan yang berlaku pada badan

kerana bergerak balas terhadap kesukaran, yang

sebenar atau yang dijangka dalam kehidupan. Kita

sering mengalami stres akibat peristiwa besar

dalam kehidupan kita seperti kematian, perceraian,

atau kehilangan pekerjaan. Stres juga boleh

berlaku kerana bergerak balas terhadap masalah

harian seperti memandu dalam keadaan lalu lintas

yang sesak atau didesak oleh seseorang. Di

samping itu, kita mungkin mengalami stres apabila

kita nampak sesuatu ancaman terhadap kita.

Umpamanya, seseorang yang berasa tidak dapat

menangani sesuatu cabaran dengan berkesan

mungkin mengalami stres.

UMUM 
SELYE, HANS

Selye, Hans (1907–1982) ialah ahli sains Kanada

yang menjadi terkenal kerana konsepnya tentang

ketegangan terhadap badan yang dikenali sebagai

stres. Kajiannya mengenai kelenjar endokrin

membantunya menemui kefahaman baru tentang

alam semula jadi dan kesan penyakit dan reaksi

badan terhadap masalah atau peristiwa dalam

kehidupan seseorang. Penyelidikan perubatannya

menunjukkan apa yang boleh dilakukan untuk

menyesuaikan badan dengan banyak jenis keadaan

yang tidak menyenangkan.

Selye lahir di Vienna, Austria. Dia menghabiskan

kebanyakan kerjaya profesionalnya di University of

Montreal, Kanada. Pada tahun 1976, dia

menubuhkan International Institute of Stress.

UMUM 

Kembali ke atas