Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata strukturnya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENARA CONDONG PISA

Menara Condong Pisa ialah sebuah menara

loceng yang terletak di Pisa, Itali. Strukturnya

terkenal kerana kecondongannya sebanyak 4.4

meter daripada garisan asal apabila diukur daripada

tingkat ketujuh. Menara ini condong kerana tapak

asasnya telah dibina di atas tanah yang tidak stabil.

Pembinaan menara berkenaan bermula pada tahun

1173 dan telah disiapkan antara tahun 1360 dan

1370. Tanah di bawah menara berkenaan mula

terbenam selepas tiga tingkat pertama siap dibina.

Menara berkenaan ditutup pada awal tahun 1990-an

bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilakukan

dengan segera.

UMUM 
AMINA

Amina ialah nama kumpulan bes organik lemah

yang sama dengan ammonia dari segi strukturnya.

Ahli kimia membentuk amina dengan

menggantikan satu atau lebih daripada tiga atom

hidrogen pada ammonia dengan mana-mana

kumpulan struktur organik yang mengandungi

karbon dan hidrogen. Apabila dineutralkan oleh

asid, amina membentuk garam (lihat Garam;

Kimia ). Amina digunakan secara komersial sebagai

pelarut dan juga dalam pembuatan bahan pencuci,

pencelup, racun herba, ubat, bahan pencuci filem

fotograf, dan perencat karat.

UMUM 
PTERIDOFIT

Pteridofit juga dikenali sebagai tumbuhan pakis ,

adalah satu daripada kumpulan tumbuhan yang

besar dan penting yang lebih mudah strukturnya

daripada tumbuhan berbunga. Pteridofit bermakna

tumbuhan pakis . Bukan semua pteridofit adalah

pakis, tetapi pakis adalah yang paling dikenali

dalam kumpulan ini. Banyak pteridofit yang lain

sedikit sebanyak kelihatan seperti pakis.

UMUM 
ANABLEP

Anablep, juga dikenali sebagai ikan bermata

empat, ialah ikan tropika kecil Amerika yang

berenang di permukaan air. Matanya mencari arah

perjalanan di dalam air. Sebahagian atas matanya

boleh melihat menembusi air. Bahagian bawah

matanya, yang berbeza strukturnya, boleh melihat di

bawah air.

UMUM 
MIKROSKOP

Mikroskop ialah alat optik yang dapat membesarkan objek kecil yang tidak dapat dilihat strukturnya dengan mata kasar.

FIZIKAlat/Alatan
MIKROTOMI

Mikrotomi pada asalnya bermakna potongan

mikroskopik. Tetapi kini, ia bermakna seni

menyediakan objek untuk pemeriksaan melalui

mikroskop. Tanpa persediaan, sebilangan kecil objek

boleh diperiksa dengan betul melalui mikroskop

(lihat Mikroskop). Sekeping logam, misalnya mesti

digilap dengan baik dan digores sebelum strukturnya

boleh dilihat. Batu-batan digergaji menjadi hirisan

cukup nipis untuk dilihat melalui teknik mikrotomi.

UMUM 
STRUKTUR HOMOLOG

Struktur homolog ialah struktur yang

mempunyai persamaan yang penting dan terbentuk

dengan cara yang sama. Contohnya, kaki sirip anjing

laut dan kaki depan anjing mempunyai struktur asas

yang sama. Kaki penyu dan sayap burung juga

adalah homolog, tetapi kegunaannya berbeza.

Organ yang mempunyai kegunaan yang sama tetapi

tidak sama strukturnya dikatakan analog. Sayap

burung dan sayap serangga adalah struktur analog.

UMUM 

Kembali ke atas