SUARA | Suara. Hampir semua haiwan mempunyai suara. Beberapa jenis haiwan seperti zirafah, jarang menggunakan suara tetapi kebanyakan haiwan peringkat tinggi boleh menyalak, memekik, melolong, mengerang, berkicau atau membuat bunyi lain. Banyak haiwan menggunakan suara untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Burung boleh menggunakan suara untuk melagukan muzik. Anjing boleh menyatakan perasaan tertentu menggunakan suara misalnya mengeluh ketika meminta makanan atau ketika berasa bersalah, melolong apabila marah dan menyalak kesukaan. | UMUM | |
TELEFON KUASA-BUNYI | Telefon kuasa-bunyi ialah peranti komunikasi yang beroperasi hanya dengan kuasa bunyi yang bergerak melaluinya. Telefon dan kebanyakan sistem telekomunikasi yang lain beroperasi dengan kuasa elektrik yang dibekalkan oleh bateri atau talian elektrik. Walau bagaimanapun, telefon kuasa-bunyi tidak mempunyai sumber kuasa luar selain yang dibekalkan oleh gelombang bunyi. Telefon kuasa-bunyi hanya dapat beroperasi pada jarak dekat, biasanya tidak melebihi 25 kilometer. Oleh sebab tiada penguat digunakan, penutur mesti bercakap dekat dengan telefon dan dengan suara yang kuat. Walau bagaimanapun, telefon kuasa-bunyi mempunyai kebaikan dari segi daya tahan, boleh diharap, dan menjimatkan. | UMUM | |
MEGAFON | Megafon ialah peranti berongga, berbentuk konyang digunakan untuk menjadikan suara lebih kuat. Seseorang yang menggunakan megafon akan bercakap atau menjerit ke dalam bukaan kecil di satu hujungnya. Suara orang itu keluar dari hujung satu lagi yang lebih besar. Megafon menjadikan suara lebih kuat kerana gelombang bunyi dihalakan dalam satu arah. Megafon panjangnya mungkin sehingga 60 sentimeter atau lebih. Pembesar suara mudah alih yang menggunakan kuasa bateri, dikenali sebagai bullhorn, sering digunakan sebagai ganti megafon. | UMUM | |
MIKROFON | Mikrofon ialah sejenis peranti yang menukar bunyi menjadi tenaga elektrik. Tenaga ini bergerak dengan segera melalui wayar atau gelombang radio kepada penerima yang disambungkan kepada satu pembesar suara atau alat lain yang menukarkannya semula kepada bunyi. Mikrofon yang sering kali dikenali sebagai ‘mike’ juga digunakan untuk merakam bunyi. | UMUM | |
MUZIK ELEKTRONIK | Muzik elektronik ialah muzik yang bunyinya dihasilkan secara elektronik. Para penggubah menggunakan peralatan elektronik untuk mengeluarkan bunyi yang mempunyai kelantangan, nada, irama dan alunan yang dikehendaki. Mereka menyusun bunyi ke dalam pita bermagnet atau cakera komputer untuk menghasilkan satu gubahan muzik dan memainkan semula muzik tersebut dengan menggunakan perakam pita yang dilengkapkan dengan pembesar suara. | UMUM | |
TELEFON | Telefon ialah alat yang digunakan untuk menghantar dan menerima mesej suara, biasanya dengan menggunakan arus elektrik. Ia merupakan salah satu kaedah komunikasi yang sangat berguna. Dalam beberapa saat sahaja, anda dapat menelefon seseorang yang berada di seberang jalan, di bahagian lain dalam negara, ataupun dengan seseorang di benua lain. Perkataaan telephone ( telefon ) berasal daripada dua perkataan Yunani yang bermakna far ( jauh ) dan sound ( bunyi ) . | UMUM | |