KORUNDUM | Korundum (formula kimia, Al 2 O 3 ) ialah mineral tulen yang kedua paling keras selepas berlian. | UMUM | |
ANHIDRIDA | Anhidrida ialah bahan kimia yang membentuk asid atau bes apabila berpadu dengan air. Misalnya, air dan sulfur trioksida (SO3 ), iaitu asid anhidrida, menjadi asid sulfurik (H2SO4 ). | UMUM | |
AIR BERAT | Air berat (formula kimia D2O atau 2 H2O) ialah air yang mengandungi isotop hidrogen berat yang dinamakan deuterium (simbol kimia D) yang menggantikan hidrogen biasa. Atom deuterium mempunyai jisim kira-kira dua kali ganda atom hidrogen biasa. Air berat juga dinamakan deuterium oksida . | UMUM | |
ALUMINA | Alumina juga dikenali sebagai aluminium oksida , ialah sebatian yang terdiri daripada aluminium dan oksigen, dan rumusnya Al2 O3 | UMUM | |
DOLOMIT | Dolomit ialah mineral yang menjadi sumber utama magnesium yang diperoleh daripada kerak bumi. Dolomit agak keras dan rapuh, dan terdiri daripada kalsium karbonat dan magnesium karbonat. Formula kimia dolomit ialah CaMg (CO3)2 . | UMUM | |
DEBU | Debu terdiri daripada zarah-zarah kecil semua jenis jirim pepejal. Sebutir debu sebenar lebih kecil daripada 1 /1000 milimeter. Debu yang lebih kasar mungkin sebesar 5/ 1000 milimeter. | UMUM | |
DARJAH | Darjah ialah nama bagi pelbagai unit kecil ukuran. Dalam geometri dan peta, darjah ialah unit ukuran bagi sudut dan arka bulatan. Sudut 1 darjah (1° ) bersamaan 1 /90 sudut tegak. Arka 1° bersamaan dengan 1 /360 bulatan penuh. Oleh sebab garisan lintang (latitud) dan garisan bujur (longitud) ialah bulatan, maka ia dikira dalam unit darjah. Darjah dalam geometri dibahagikan kepada 60 unit yang dikenali sebagai minit. Satu minit pula dibahagikan kepada 60 saat. Dalam sesetengah cabang matematik seperti trigonometri, sudut diukur dalam unit yang dikenali sebagai radian. | UMUM | |
AMMONIA | Ammonia (formula kimia NH3 ) ialah gas alkali yang tidak berwarna yang terdiri daripada satu bahagian nitrogen dan tiga bahagian hidrogen. Ia lebih ringan daripada udara, dan mempunyai bau yang sengit. Ammonia boleh disedut jika ia dicairkan dalam udara, tetapi gas ammonia pekat boleh menyebabkan kelemasan dan kematian. Ammonia tidak terbakar dalam udara, tetapi ia terbakar dalam oksigen dengan nyala yang lemah berwarna kuning. | UMUM | |
KALSIUM KARBONAT | Kalsium karbonat ialah mineral berhablur, berwarna putih. Formula kimia kalsium karbonat ialah CaCO3. | UMUM | |
ZIRKON | Zirkon ialah mineral yang terdiri daripada terutamanya unsur silikon, oksigen, dan zirkonium. Ia adalah silikat dan mempunyai formula kimia ZrSiO4. | UMUM | |