Neutron ialah zarah subatom. Neutron, bersama dengan zarah subatom lain yang dikenali sebagai proton, membentuk nukleus atom, kecuali atom hidrogen biasa, yang mempunyai nukleusnya terdiri daripada satu proton (lihat Proton ). Neutron dan proton membentuk 99.9 peratus jisim atom. Gumpalan elektron di sekeliling nukleus membentuk jisim yang selebihnya (lihat Elektron ). Di dalam nukleus, neutron dan proton bercantum bersama dengan daya yang dikenali sebagai saling tindakan kuat atau daya nukleus kuat . |