SUBJEK | satu daripada dua bahagian dalam ayat lengkap. | BAHASA | Konsep |
ASMA'IY, AL- | Asma‘iy, al- (122–215 H./740–830 M.), salah seorang pelopor sepenuh masa dalam bidang pengumpulan syair. Nama penuhnya ialah Abu Sa‘id ‘Abd. al-Malik ibn Qurayb al-Bahiliy. Dia lahir dan dibesarkan di bandar Basrah. Al-Asma‘iy meninggal dunia di Marwu (Khurasan). Semasa hayatnya dia berkecimpung dalam bidang bahasa – peristilahan bahasa iaitu penyusunan kamus dan biografi pada masa itu. Dia juga terkenal dengan koleksi syair-syair Arab dan koleksi syair yang sukar didapati. Pengumpulan subjek-subjek berkaitan linguistik ini memainkan peranan penting untuk melahirkan kamus-kamus Arab pertama yang menjadi asas kepada kamus-kamus karya agung selepas itu seperti al-Qamus al-Muhit dan Lisan al-‘Arab. | UMUM | |
RIVERS, LARRY | Rivers, Larry (1923–2002) ialah pelukis Amerika Syarikat. Bermula pada awal tahun 1950-an, Rivers memilih lambang Amerika sebagai subjek lukisannya. Subjek itu sama ada boleh menjadi tema sejarah atau imej barangan komersial seperti kotak rokok. Karya Rivers yang sengaja tidak diidealistikkan membawa unsur yang menggelikan tetapi semula jadi ironinya. Dengan penggunaan imejan popular sebagai bahan pendahuluan, dia sering dianggap pelopor pergerakan seni pop. (Lihat Seni pop ). | UMUM | |
SENI ABSTRAK | Seni abstrak ialah gaya seni tahun 1900-an yang mengetepikan subjek yang dapat dikenal pasti dengan jelas. Seni abstrak juga dikenali sebagai seni bukan objektif atau seni bukan figuratif . Seni abstrak ialah gaya seni tahun 1900-an yang mengetepikan subjek yang dapat dikenal pasti dengan jelas. Seni abstrak juga dikenali sebagai seni bukan objektif atau seni bukan figuratif . | UMUM | |
NOTASI | Notasi adalah sebarang sistem simbol dan kependekan yang membantu manusia bekerja dengan sesuatu subjek tertentu. Bidang matematik menggunakan notasi untuk memudahkan dan menggabungkan idea dan masalah. Sistem angka Arab ialah alat notasi bagi menulis nombor dan membuat aritmetik dan cabang aritmetik lain yang lebih mudah. Bidang kimia, muzik, dan lain-lain subjek mempunyai sistem notasi. Lihat juga Muzik (Notasi muzik) ; Simbol; Sistem perangkaan. | UMUM | |
KANUN | Kanun, dalam undang-undang, menggabungkan semua undang-undang bagi subjek tertentu dalam sesuatu statut atau ordinan. | UMUM | |
KLAUSA | Klausa ialah sekumpulan kata yang mempunyai subjek dan predikat. Ayat lengkap dinamakan klausa utama, atau bebas. | UMUM | |
SINTAKSIS | Sintaksis ialah pemerian tentang cara kata disusun untuk membentuk ayat. Sintaksis memerikan tertib subjek dan kata kerja, kedudukan kata bantu dan objek, dan kaitan penerang dengan kata yang diterangkannya. Lihat Ayat. Tertib kata tidak sama dalam semua bahasa. Dalam bahasa Inggeris kita katakan “I gave Jim the ball”. Dalam bahasa lain, tertibnya mungkin “I the ball Jim gave”. Apabila kita menyusun kata dalam tertib yang betul, kita boleh menyatakan makna yang kita maksudkan. Ayat “I was shown a book in black leather by the clerk” mempunyai makna yang berbeza daripada ayat “I was shown a book by the clerk in black leather”, maknanya telah berubah kerana sintaksisnya berubah. | UMUM | |
ESEI | Esei merupakan karangan pendek bukan fiksyen yang mengandungi pandangan atau analisis penulis tentang subjek tertentu. | UMUM | |
MANET, EDOUARD | Manet, Edouard (1832–1883), pelukis Perancis yang membantu memecah tradisi dengan menggunakan perihal subjek sebagai asas kepada kesan visual, daripada penceritaan. | UMUM | |