Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata subjeknya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NABOKOV, VLADIMIR

Nabokov, Vladimir (1899–1977) ialah penulis

Rusia. Novel-novelnya terkenal kerana plotnya yang

sukar dan watak kompleks yang dipupuk terhadap

subjek-subjeknya. Para pengkritik memuji novel-

novel Nabokov kerana jenaka pintarnya,

penggunaan perkataan yang rumit dan kaya dengan

gaya bahasa.

UMUM 
AYAT AKTIF

Ayat aktif ialah ayat yang subjeknya melakukan perbuatan. Dalam ayat “Dia menembak rusa itu”, subjek Dia melakukan perbuatan menembak.

BAHASAKonsep
OATES, JOYCE CARO L

Oates, Joyce Carol (1938– ) ialah pengarang

Amerika. Dia menyelitkan dalam kebanyakan novel

dan cerpennya kualiti yang mengerikan dengan

memberi penekanan terhadap seks dan keganasan.

Walau bagaimanapun, subjeknya yang sebenar

ialah masyarakat dan kegilaan yang ditimbulkan.

Oates telah menulis lebih daripada 30 buah buku.

Beberapa orang pengkritik mengatakan bahawa dia

boleh mengaut keuntungan dengan memperbaiki

karya fiksyennya, tetapi kebanyakan pengkritik

bersetuju bahawa gambaran imaginasinya tentang

masyarakat moden adalah tepat.

UMUM 
STEAD, CHRISTINA

Stead, Christina (1902–1983) ialah salah seorang

penulis novel wanita Australia yang paling terkenal

dan ramai menganggapnya sebagai yang terhebat.

Gaya dan struktur penulisan novelnya merupakan

eksperimen dan latar belakang serta subjeknya

yang sentiasa dipelbagaikan. Ini berbeza dengan

novel yang sedia ada.

UMUM 
AYAT PASIF

Ayat pasif ialah ayat yang subjeknya dikenakan perbuatan. Misalnya, dalam ayat “Bola itu ditendang oleh Amin, subjek Bola itu dikenakan perbuatan ditendang. Menurut Za’ba, ayat pasif dinamakan ayat bangun kena buat.

BAHASAKonsep

Kembali ke atas