[sub.si.di] | سوبسيدي
Definisi : bantuan berupa wang atau kebendaan (biasanya drpd kerajaan) yg diberi kpd sesuatu pihak tertentu (spt perbadanan, kumpulan petani, dll): BP ialah sebuah perbadanan yg mendapat ~ drpd pemerintah pd masa itu; bersubsidi mendapat atau diberi subsidi: bas disediakan dgn tambang yg ~; mensubsidi memberikan subsidi supaya sesuatu lebih rendah harganya: sebenarnya kerajaan juga telah ~ harga minyak di negara ini; pensubsidi pihak (orang, badan dsb) yg memberikan subsidi, pemberi subsidi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sub.si.di] | سوبسيدي
Definisi : wang bantuan yg diberikan oleh kerajaan kpd sesuatu perbadanan dll. bersubsidi mendapat subsidi; dijalankan atau diurus dgn subsidi: projek ~. mensubsidi 1 memberikan subsidi supaya harga sesuatu lebih rendah: Kerajaan ~ harga minyak. 2 membantu dgn memberikan subsidi: Pihak Kementerian ~ projek pertanian itu. pensubsidi orang atau pihak yg memberikan subsidi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)