Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. (peringkat) yg lebih rendah, kelulusan pd atau lulus sebahagian drpd sesuatu mata pelajaran (dlm peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan): mendapat kelulusan pering­kat ~ dlm mata pelajaran Ekonomi; 2. = syarikat ~ anak syarikat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata subsidiari


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYARIKAT MULTINASIONAL

Syarikat multinasional ialah pertubuhan

perniagaan yang berpangkalan di sesebuah negara

dan mempunyai cawangan, subsidiari dan loji di

negara-negara lain. Pertubuhan ini menjalankan

kegiatan kewangan, pengeluaran, pemasaran dan

penyelidikan, dan pembangunan dalam operasinya

di luar negara.

UMUM 
SYARIKAT PEMEGANGAN

Syarikat pemegangan ialah mana-mana

syarikat yang memegang majoriti ataupun minoriti

yang besar terhadap stok atau kuasa mengundi di

dalam sesebuah syarikat lain, cukup untuk

mengawal dasar-dasarnya. Syarikat pemegangan

boleh mengawal pelantikan pegawai-pegawai dan

boleh menetapkan dasar-dasar perniagaan.

Syarikat yang di bawah kawalan syarikat

pemegangan disebut syarikat subsidiari.

UMUM 

Kembali ke atas