Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sub.spé.sis] | سوبسڤيسيس

Definisi : (subspésis) kumpulan taksonomi tumbuhan atau haiwan yg merupakan subbahagian di bawah sesuatu spesies. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata subspesies


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ELK

Elk ialah nama biasa di Eropah bagi anggota yang

terbesar dalam famili rusa. Di Amerika Utara,

haiwan ini dinamakan moose. Elk dan moose

ialah subspesies yang berbeza, bagi haiwan

yang sama, Alces alces.

UMUM 
MOOSE

Moose ialah nama bagi anggota yang paling

besar dalam famili rusa di Amerika Utara.

Namanya mungkin berasal daripada bunyi

panggilan yang kuat, meninggi oleh moose

jantan. Di Eropah, moose dikenali sebagai elk

(lihat Elk). Terdapat enam jenis subspesies moose

yang berkeliaran di utara hutan konifer di

Hemisfera Utara. Moose sering memakan rumpair

air di tasik cetek pada waktu subuh dan senja.

UMUM 
PURSLANE

Purslane ialah nama bagi kira-kira 40 spesies

tumbuhan tahunan berdaun berisi yang melata.

Purslane biasa ialah rumpai di tanah terbiar.

Bunganya berwarna kuning dan kembang pada

waktu pagi yang cerah. Batangnya boleh tumbuh

sehingga 35 sentimeter panjangnya. Subspesies

tumbuhan ini ditanam sebagai sayur terutamanya

di Eropah. Di samping itu, purslane biasa

digunakan di India dan China sebagai herba

ubatan, terutamanya sebagai tuam untuk

membantu menyembuhkan ulser dan luka .

Pengelasan saintifik. Purslane membentuk famili

purslane, Portulacaceae.Purslane biasa ialah

Portulaca oleracea .

UMUM 

Kembali ke atas