SIKAD | Sikad ialah tumbuhan yang hidup di kawasan tropika dan subtropika. Sikad kelihatan seperti palma atau pakis, dan boleh tumbuh sehingga 20 meter tingginya. | UMUM | |
ANHINGA | Anhinga ialah burung besar yang hidup di kawasan tropika dan subtropika di Afrika, Asia, New Guinea, dan Australia dan di kawasan panas di Hemisfera Barat. | UMUM | |
MALARIA | Malaria ialah penyakit parasit yang berbahaya yang biasa berlaku di kawasan tropika dan subtropika. Penyakit ini disebabkan oleh protozoa (organisma mikroskopik) yang dikenali sebagai Plasmodium dan disebarkan oleh gigitan nyamuk betina Anopheles (nyamuk tiruk). Mangsa malaria mengalami serangan secara sejuk dan demam. Dua hingga tiga juta orang mati akibat penyakit ini setiap tahun.
| UMUM | |
IKAN RAMA-RAMA | Ikan rama-rama ialah ikan berwarna-warni yang tinggal di sekeliling terumbu karang di laut tropika, subtropika, dan sederhana | UMUM | Umum |
OAK LEMBUT | Oak lembut ialah pokok yang cantik dan cepat tumbuh di Australia. Pokok ini tumbuh di hutan subtropika kering di New South Wales dan Queensland. Tingginya mencapai 40 meter dan daunnya bak daun pakis yang terbahagi dalam- dalam. Ia mempunyai jambak bunga berwarna jingga kekuningan pada spika bunganya yang panjang. | UMUM | |
ARUM | Arum ialah nama satu famili besar tumbuhan. Terdapat lebih daripada 2000 spesies arum. Kebanyakannya tumbuh di kawasan tropika dan subtropika, tetapi sesetengahnya tumbuh di kawasan iklim sederhana. Kebanyakan arum beracun. Di dalam famili arum, kira-kira 12 spesies diketahui sebagai arum sebenar. | UMUM | |
PARROTFISH | Parrotfish ialah nama sekumpulan kira-kira 75 spesies ikan yang hidup di sekitar batu karang di laut tropika dan subtropika. Namanya diperoleh daripada gigi depannya yang luar biasa dan yang menyerupai paruh burung nuri. | UMUM | |
LATERIT | Laterit, tanah liat berwarna merah yang terdapat di kawasan tropika dan subtropika. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Sumber/Bahan Alam |
POKOK KELAPA | Pokok kelapa ialah pokok tinggi meliuk, yang mengeluarkan buah kelapa. Ia mungkin berasal dari Asia Tenggara dan Kepulauan Melanesia di Lautan Pasifik. Tetapi ia telah diperkenalkan ke semua bahagian tropika dan subtropika di dunia. Pokok kelapa tingginya dari 12 meter hingga 30 meter. Daunnya besar bak bulu pelepah mengembang dari puncak batangnya yang tidak berdahan. | UMUM | |
BUAH ZAITUN | Buah zaitun ialah buah daripada pokok yang tumbuh di kawasan subtropika. Pokok zaitun ditanam terutamanya kerana minyaknya, yang digunakan untuk memasak. | UMUM | |