Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Anak itik di bawah batang,
     Limau manis masaknya minyak;
Raja di rakit sudah pun datang,
     Riuh-rendah suara banyak.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Kayu bongkok kura-kura pun boleh memanjat.

Bermaksud :

Orang yang sudah bersalah itu ada-ada saja orang yang menambah-nambahkan kesalahannya.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TASIK XOCHIMILCO

Tasik Xochimilco, tasik yang menyerupai paya di

Mexico City, Mexico, terkenal kerana terdapat “taman

terapung”. Menjelang waktu wilayah tersebut

ditakluki oleh Sepanyol pada tahun 1521, Orang Asli

Amerika sudah pun membuat lima buah tasik cetek

daripada sebuah tasik yang lebih besar dengan cara

membina daik. Mereka menimbunkan lumpur

lembut di atas ranting yang berjalin dan membentuk

batas untuk menanam bunga dan sayur-sayuran. Saiz

“taman terapung” ini beransur-ansur menjadi lebih

besar dan akhirnya dipenuhi tumbuhan yang akarnya

berjalin antara satu sama lain. Ramai pelancong

berperahu di terusan-terusan yang memisahkan

pulau-pulau buatan tersebut.

UMUM 
PROFILAKSIS

Profilaksis bererti sebarang rawatan yang

melindungi seseorang daripada penyakit. Profilaksis

juga dikenali sebagai rawatan pencegahan . Rawatan

ini berlainan daripada rawatan pembaikan atau

rawatan penyembuhan , yang diberikan apabila

pesakit sudah pun menghidap penyakit ataupun

dalam keadaan tidak sihat.

UMUM 
KELANG

Kelang, bandar dan daerah di negeri Selangor.

Sejarah perkembangan penempatan Kelang

dapat dikesan pada abad ke-15 dan abad ke-16,

iaitu pada zaman Kesultanan Melaka. Tun Perak

dilantik sebagai penghulu untuk mentadbir Kelang.

Meskipun begitu, Kelang telah ada seorang ketua

tempatan yang dikenal dengan nama Tuk Engku

Kelang, iaitu satu jawatan tradisi yang sudah pun

ada sebelum kemunculan kuasa Bugis di Selangor.

UMUM 
PERTEMUAN

PERTEMUAN, novel karya A. Datuk Pamuncak Nan Sati.  Novel ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1927 dan sudah pun diulang cetak sebanyak tiga kali.  Cetakan yang terakhir pada tahun 1961.  novel setebal 191 halaman ini mengandungi tujuh keping gambar karya Hasan Basri.  Gambar kulit depan adalah tokoh utama, Masri yang cuba membunuh diri terjun ke tebing laut yang curam, tetapi berjaya ditangkap dari belakang oleh Rasdiana, kekasihnya.

SASTERAKarya
ORANG NORMAN

Orang Norman ialah sekumpulan orang Viking,

atau Norsemen (orang Scandinavia), yang mula-

mula menduduki utara Perancis, kemudiannya

mara ke England, selatan Itali, dan Sicily. Pada

tahun 800-an M., pahlawan Norman memulakan

penaklukan dengan menyerang pantai dan lembah

sungai di Perancis. Menjelang tahun 900-an M.,

mereka sudah pun menetap di wilayah Perancis

yang terletak berhampiran muara Sungai Seine,

yang sekarang dikenali sebagai Normandy. Pada

tahun 911 M., seorang ketua Norman, Hrolf atau

Rollo (860?–931?) menjadi duke untuk raja Frank,

Charles Yang Sederhana (Charles the Simple).

Orang Norman pun menganut agama Kristian dan

menerima adat Perancis. Ramai orang Norman

yang menjadi terkenal sebagai pentadbir, ketua

gereja, dan pahlawan Perang Salib.

UMUM 
KAMUS BAHASA MELAYU-EROPAH PERTAMA

KAMUS BAHASA MELAYU-EROPAH PERTAMA, kamus yang disusun oleh Antonio Pigafetta, bangsawan Itali yang menyertai rombongan perdagangan Sepanyol di bawah pimpinan Fernando Magalhães. Setelah belayar selama tujuh belas bulan melewati Lautan Atlantik, Amerika Selatan dan Lautan Pasifik, rombongan  Sepanyol itu berlabuh di Nusantara di Pulau Samar, Filipina) pada bulan Mac 1521. Sememangnya pada zaman itu bahasa Melayu sudah pun berfungsi sebagai bahasa pengantara se-Nusantara termasuk hujung Filipina Timur. Hal ini dapat diketahui apabila hamba peribadi Magalhães, seorang Sumatera yang mengikuti pelayaran Sepanyol itu, dapat berkomunikasi dengan penduduk tempatan. Selama sembilan bulan rombongan Sepanyol itu mengunjungi beberapa buah bandar dan pulau di Filipina, Brunei dan Maluku, dan ke mana sahaja mereka belayar bahasa Melayu dituturkan.

BAHASAPenerbitan
SIBIL

Sibil ialah gelaran untuk ahli nujum wanita yang

sudah berusia pada zaman Rom purba. Ahli nujum

yang terkenal ialah Sibil Cumaen. Menurut

mitologi, dewa Apollo berjanji bahawa Cumaen

boleh hidup setahun bagi setiap butir pasir yang

boleh digenggam di dalam genggamannya. Walau

bagaimanapun, Apollo tidak menganugerahinya

sifat awet muda dan dia pun kelihatan semakin hari

semakin tua. Sibil Cumaen membawa Aeneas,

pahlawan Trojan, ke dunia untuk mengetahui masa

depan Rom. Kemudian, dia menawarkan diri untuk

menjual sembilan buah buku mengenai ramalan

yang dikenali sebagai Sibylline Books, pada harga

yang tinggi kepada raja Rom. Apabila raja

menolaknya sebanyak dua kali, Sibil membakar

tiga buah buku setiap kali. Raja Rom akhirnya

membayar harga asal untuk hanya tiga buah buku.

Buku ini dijadikan bahan rujukan semasa

menghadapi saat-saat bahaya sehinggalah buku ini

musnah dalam kebakaran pada tahun 83 S.M.

UMUM 
CIUNG WANARA

CIUNG WANARA, salah satu cerita pantun yang dianggap keramat oleh masyarakat Sunda, terutama daerah Galuh-Ciamis, di samping Lutung Kasarung dan Mundinglaya di Kusumah. Tidak ada seorang pun jurupantun yang berani mengisahkannya, kecuali mereka sudah ‘membersihkan diri’ dan memohon perkenan daripada nenek moyang mereka. Cerita pantun Ciung Wanara telah disusun kembali oleh Ajip Rosidi dan diterbitkan pada tahun 1972 oleh Pustaka Jaya, Indonesia.

        

SASTERADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas