Semenanjung Sinai ialah sebahagian daripada Mesir yang terletak di timur Terusan Suez dan Teluk Suez. Semenanjung ini bersempadan dengan bahagian barat Israel. Ia meliputi 61 100 kilometer persegi dengan penduduk seramai 200 000 orang. Semenanjung Sinai ialah daratan kering yang mempunyai beberapa oasis kecil. Di utara, daratan pantainya berpasir, di tengah terdapat penara batu kapur yang tinggi, manakala di selatan pula terdapat gunung-ganang. Semenanjung Sinai menghasilkan petroleum, mangan, dan mineral lain. |