Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.gi] | سوݢي

Definisi : 1. = pesugi bilah kayu dll utk mencungkil gigi, kayu yg (dititik hujungnya) digunakan sbg berus gigi; 2. = ~ landak Mn duri landak; 3. Mn tembakau yg dikemam di dlm mulut, songel: ibunya meneruskan percakapannya sambil memindah-mindahkan ~nya ke kiri ke kanan; bersugi 1. membersihkan (menggosok) gigi dgn sugi: Karim membasuh muka, ~, dan kemudian menghadapi sarapannya; 2. mengemam tembakau sambil makan sirih; menyugi 1. menggosok gigi dgn sugi; 2. mencungkil gigi (sumbu lampu yg pendek dll): ibu tua itu meletakkan anyamannya dan ~ sumbu pelita yg sudah kian malap nyalanya; 3. mengemam atau mengulum sugi (ketika makan sirih). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.gi] | سوݢي

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok renek), Mischo­carpus sumatranus; 2. sj tumbuhan (pokok renek), Mischocarpus sundaicus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.gi] | سوݢي

Definisi : 1 = kayu ~, = pesugi lidi atau kayu halus yg digunakan utk mem­bersihkan sela-sela gigi; pencungkil gigi. 2 = kayu ~, = pesugi kayu yg lebih kurang sebesar jari yg dititik hujungnya dan digunakan sbg berus gigi. 3 tembakau yg dikemam dlm mulut; songel. bersugi 1 membersihkan gigi dgn sugi. 2 mengemam tembakau sambil makan sirih. menyugi 1 menggunakan sugi utk membersihkan gigi. 2 menggunakan sugi utk men­cung­kil gigi (mencungkil sumbu pelita yg pendek dsb). 3 menggosok bibir dsb dgn tembakau (ketika makan sirih). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sugi
Kata Terbitan : menyugi,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUGI

SUGI, alat yang digunakan untuk mencungkil atau membersihkan sisa makanan yang terselit di celah-celah gigi ataupun yang terbenam di dalam lubang gigi yang berkawah.

BUDAYAAlat/Alatan
TEMBAKAU

Tembakau ialah tumbuhan yang daunnya

digunakan terutamanya untuk membuat rokok dan

cerut. Keluaran tembakau yang lain termasuk

tembakau hisap untuk sentil, tembakau songel atau

tembakau sugi dan tembakau sedut. Gred daun

tembakau yang kurang baik digunakan untuk

membuat racun serangga dan disinfektan. Tangkai

dan batangnya dijadikan ramuan sesetengah jenis

baja.

UMUM 

Kembali ke atas