| SUHARTO | SUHARTO, (1921 - 2007), Presiden Republik Indonesia yang kedua (1968-1998). Dia lahir pada 8 Jun 1921 di Kemusuk, Argamulya, Yogyakarta, Indonesia. Dia menggantikan Presiden Sukarno selepas peristiwa 30 September 1965. Dia dilantik secara rasmi sebagai Presiden Indonesia pada 27 Mac 1968. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MALAYSIA | EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MALAYSIA, sistem ejaan yang telah diisytiharkan penggunaannya serentak di Kuala Lumpur dan di Jakarta pada 16 Ogos 1972. Di Kuala Lumpur, pengisytiharan tersebut dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak bin Hussain manakala di Jakarta, pengisytiharan tersebut dilakukan oleh Presiden Suharto. Mulai saat itu, bahasa Melayu (Malaysia) dan bahasa Indonesia menggunakan sistem ejaan yang sama.
| BAHASA | Bahasa |